nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar ingatkan beri laporan tepat, tidak mahu laporan ‘indah’

26 NOV : Semua pihak diingatkan agar  mengemukakan laporan tepat berhubung situasi semasa negara  dan mengelak memberikan gambaran tidak benar berhubung sesuatu perihal yang berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa bagi laporan tidak tepat diketengahkan pihak berkaitan, menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang akan menjejaskan kelangsungan kehidupan masing-masing.

Beliau memberi analogi dengan hikayat pembesar diberikan laporan kurang tepat berhubung situasi semasa dihadapi rakyat di sebuah kawasan, berkata masyarakat di situ menjadi miskin dan papa kedana selepas diserang lanun.

“Ada pembesar ketika itu, tanya bagaimana keadaan sekarang dan bawahannya menjelaskan sesungguhnya kami ini, nelayan dan petani, semuanya dalam keadaan baik dan masing-masing mempunyai harta mencukupi. Kemudian, lanun menyerang kampung dan rakyat miskin dan dipapakedanakan.

“Sebab itu laporan perlulah benar. Saya, dalam pertemuan pertama dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, baru-baru ini, saya jelaskan tidak mahukan laporan ‘indah’.

“Ini kerana saya mahu beri tahu kepada rakyat dan tidak mahu bertolak ansur, kalau tiada, buat cara tidak ada. Kita beritahu rakyat, minta ampun dan maaf kepada rakyat, tidak ada. Namun, kalau kita umpamanya bersekongkol dengan pihak berkepentingan pastinya kesudahan akan berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin di Kajang malam ini.

Turut hadir isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sementara itu, Anwar beriltizam menjadi pemimpin Melayu dan Islam yang mengikut budaya Melayu tulen dan semangat Islam sebenar untuk melaksanakan keadilan berlandaskan Islam.

Ini kerana, katanya, masyarakat tidak akan menghormati mana-mana pemimpin Melayu dan Islam jika memiliki ciri tamak dan zalim kepada masyarakat.

“Jadi bila bukan Islam tengok, rupanya ada pemimpin Melayu dan Islam yang bukan kaki curi harta. Insya-Allah saya akan laksanakan tugas sebaiknya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.