nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

122 kes baru, 2 kematian

3 MEI : Dua kes kematian membabitkan jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan kes kumulatif sebanyak 105 kes atau 1.66 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-104 membabitkan lelaki warganegara Malaysia berusia 82 tahun dan mula dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 22 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.29 petang semalam.

“Kes kematian ke-105 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 64 tahun dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 27 April lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.46 pagi tadi,” katanya pada sidang media harian Covid-19, Ahad.

Mengenai kes jangkitan baru, katanya terdapat 122 kes setakat tengah hari ini, menandakan hari kedua berturut-turut kes baru melebihi melebihi 100.

Daripada jumlah itu, 70 kes adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 6,298, dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak sebanyak 1,780 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 27 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang empat daripada semalam.

Daripada jumlah itu, 13 orang memerlukan bantuan pernafasan, kurang seorang berbanding semalam.

Jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalah 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata pihaknya mendapati golongan warga emas agak terjejas dengan wabak tersebut terutama kumpulan berusia 60 tahun hingga 70 tahun apabila mencatat jumlah tertinggi berbanding kumpulan usia lain.

Bagi kumpulan umur kedua tertinggi pula, membabitkan pesakit yang berusia antara 71 hingga 80 tahun iaitu sebanyak 19 kes (19.2 peratus).

“Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan Covid-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah).

“Faktor risiko penyakit NCD (seperti merokok dan obesiti) adalah lebih berisiko untuk mendapat gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk dan risiko kematian lebih tinggi,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.