nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Abd Halim meninggal dunia

22 NOV : Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.20 petang akibat jangkitan paru-paru, menurut adiknya, Zulkhairi Abd Samad.

Zulkhairi berkata, abangnya sudah beberapa tahun mengalami masalah paru-paru sebelum turut berdepan kerosakan injap jantung yang menyebabkan beliau kerap keluar masuk hospital.

“Arwah sudah beberapa tahun sakit paru-paru sebelum mengalami kerosakan injap jantung dan sering keluar masuk ke hospital.

“Semalam, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu kemungkinan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-parunya,” katanya, lapor Bernama.

Jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat dan dijangka disolatkan sebelum dikebumikan di Gombak, pagi esok.

Allahyarham meninggalkan isteri, Iasah Ibrahim serta tiga orang anak.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu dilantik sebagai Senator pada 3 November 2014 sebelum berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dari 18 April 2016 hingga 2 November 2020.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Halim pernah berkhidmat sebagai guru, setiausaha akhbar dan setiausaha sulit kanan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama, selain pernah menerajui Kumpulan KUB Malaysia Bhd sebagai pengerusi serta aktif dalam persatuan kebajikan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham di Facebook selepas menziarahi jenazah di kediaman untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Pilu hati saya tatkala menerima khabar duka pemergian Allahyarham. Sebentar tadi, saya turut berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarganya. Ramai yang saya lihat hadir untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

“Kehilangan insan tersayang tentunya bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.