nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada lagi had perjalanan radius 10KM

4 MEI: Had perjalanan kurang daripada radius 10 kilometer semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 tidak lagi dilaksanakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB ini kecuali perjalanan dari kampung ke bandar yang dibenarkan oleh kerajaan pada 7 hingga 10 Mei ini.

Demikian diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya orang ramai tidak sempat pulang dalam tempoh dibenarkan, mereka boleh memohon kebenaran daripada pihak polis untuk membuat perjalanan rentas negeri.

ISMAIL SABRI YAAKUB

Sementara itu, semua majikan tidak mengira sektor ekonomi diwajibkan menjalankan ujian pemeriksaan saringan kesihatan ke atas semua pekerja asing mereka bagi mengekang penularan kes-kes baharu Covid-19.

Menurut Ismail Sabri, arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini susulan daripada peningkatan kes Covid-19 selama dua hari berturut-turut melibatkan pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan di Ampang, Selangor.
 
“Bagi kes di Ampang, Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah menutup tapak pembinaan tersebut sebagai langkah pencegahan.

“Bagaimanapun, kerajaan telah bersetuju mewajibkan semua pekerja asing di semua sektor sama ada pembinaan, perkilangan, komersial atau perkhidmatan menjalani pemeriksaan ‘swab test’ Covid-19,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, pemerikasan wajib pekerja asing itu akan dimulakan di Wilayah Persekutuan dan akan diperluaskan di seluruh negara selain memberi jaminan akan menutup operasi syarikat yang didapati mempunyai kes positif jangkitan wabak itu.  

Beliau menjelaskan, kos pemeriksaan akan ditanggung oleh pihak majikan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.