nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ulang Tahun UMNO ke-74 disambut sederhana

8 MEI: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) akan meraikan Ulang Tahun UMNO Ke-74 pada 11 Mei 2020 (Isnin) bersamaan 18 Ramadhan 1441 Hijrah.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan sambutan kali ini diadakan secara sederhana, mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.

“Bersempena Ulang Tahun UMNO kali ini, semua ahli UMNO dianjurkan di rumah masing-masing agar mengadakan bacaan Yassin, solat hajat dan doa selamat memohon supaya parti keramat ini dilindungi oleh Allah dan ahli-ahlinya dijauhi daripada malapetaka.

“Bacaan Yassin dan solat hajat ini boleh diadakan selepas berbuka puasa pada 10 Mei 2020 (malam). Diingatkan juga tarikh 10 Mei 2020 adalah Hari Memperingati Nuzul Quran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, pada 11 Mei 2020, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO akan berkomunikasi secara live bersama 13 Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan 3 wakil Kelab UMNO Luar Negara melalui aplikasi Webex video conferencing, yang akan dimulakan pada jam 10.00 pagi.

“YB Datuk Seri Presiden juga akan mengumumkan Anugerah Hari UMNO kepada agensi barisan hadapan (frontliners) yang menangani Covid-19, sebagai simbolik penghargaan UMNO kepada jasa dan komitmen Barisan Hadapan Negara dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Plak dan sijil penghargaan kepada agensi itu akan disampaikan pada satu masa lain yang akan diberitahu kelak.”

Dalam hal ini, beliau menyarankan semua ahli UMNO agar mengibarkan bendera UMNO di kediaman atau rumah masing-masing sebelum 11 Mei 2020 sebagai tanda terima kasih kepada perjuangan parti yang sejak 74 tahun lalu banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

“Marilah sama-sama kita jadikan ulang tahun UMNO ke-74 ini yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan al-Mubarak sebagai detik bagi kita memperkasakan iltizam untuk terus berjuang mengangkat maruah parti dan masa depan rakyat,” katanya lagi yang juga juga Ahli Parlimen Pontian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.