nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taman Langat Murni dikenakan PKPD pentadbiran

3 JUN: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan Taman Langat Murni di Banting, Selangor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pentadbiran.

Katanya, terdapat dua jenis PKPD, iaitu PKPD pentadbiran dan bukan pentadbiran yang dilaksanakan di Selangor Mansion serta Pasar Borong Selayang.

Tambahnya, penduduk Taman Langat Murni yang dikenakan PKPD pentadbiran dibenarkan keluar masuk, walaupun pagar kawat duri dipasang di kawasan sekitarnya.

“Dari segi saringan kesihatan, sama saja semua penduduk di kawasan (PKPD) ini (perlu lakukan), cuma beza PKPD (bukan pentadbiran) langsung tak boleh keluar,” katanya pada sidang media hariannya.

Terdahulu, media melaporkan Taman Langat Murni di Banting dikenakan PKPD selepas polis dan anggota tentera memasang pagar kawat duri tengah malam tadi.

Pejabat Daerah Kuala Langat memaklumkan kawasan itu dikenakan PKPD selepas lebih 20 warga asing disahkan positif Covid-19.

Kawasan terakhir yang dikenakan PKPD sebelum ini ialah kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya pada 10 Mei lalu, selepas 26 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga dan pekerja di pasar basah itu.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan tiada arahan dikeluarkan oleh kerajaan yang mewajibkan imbasan Kod QR di setiap premis perniagaan.

Katanya pengunaan teknologi itu di beberapa negeri seperti Selangor bagaimanapun amat digalakkan.

“Ia (imbas Kod QR) bukan wajib kerana jika kita wajib, maka mesti ada dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), tetapi sama seperti memakai topeng muka, ia digalakkan.

“Arahan kita adalah tulis nama dan nombor telefon dan ia (imbas Kod QR) adalah tidak wajib. Ia mungkin peraturan negeri sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meminta setiap negeri menyelaras peraturan seperti arahan yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan.

“Ada kedai makan di sebuah negeri dibuka sehingga jam 10 malam, ada di negeri lain sehingga 7 malam. Jika boleh, ia diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini membenarkan semua kedai makan termasuk medan selera, pusat penjaja dan gerai tepi jalan dibuka kepada pelanggan antara 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.