nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Saya Ketua Menteri untuk semua rakyat Melaka – Ab Rauf

15 NOV : Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menegaskan akan menjadi Ketua Menteri kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama, latar belakang.

Beliau yang baru selesai mengangkat sumpah hari ini berkata, perbezaan pandangan dan pilihan politik sepanjang tempoh berkempen perlu diketepikan selepas pilihan raya selesai bagi membolehkan semua pihak kembali bersatu sebagai sebuah keluarga besar Melaka.

“Saya bukan Ketua Menteri kepada orang yang mengundi saya sahaja, saya adalah Ketua Menteri kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira kaum, agama, latar belakang mahupun kecenderungan politik.

“Tidak ada rakyat yang harus dipinggirkan, tidak ada kawasan yang harus dilupakan dan tidak ada suara yang harus kita ketepikan dalam usaha kita membangunkan negeri yang tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua, hari ini.

Ab Rauf berkata, pilihan raya yang sudah selesai seharusnya menjadi titik permulaan untuk semua pihak kembali memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri, meskipun sebelum ini mempunyai perbezaan pandangan dan pilihan ketika berkempen.

“Kini tanggungjawab saya dan semua barisan wakil rakyat yang dipilih, membalas kepercayaan itu dengan membuat kerja dan perkhidmatan bukan sekadar dengan janji-janji manis.

“Pilihan raya telah pun selesai, kita mungkin berbeza pandangan, kita mungkin berbeza pilihan semasa kita berkempen, tapi hari ini kita perlu kembali bersatu sebagai sebuah keluarga besar Melaka,” katanya.

Mengulas hala tuju pentadbiran bagi penggal baharu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha pembangunan yang dilaksanakan sebelum ini, selain memberi perhatian kepada beberapa keutamaan baharu.

Menurutnya, pentadbiran terdahulu sudah membina asas pembangunan negeri yang kukuh menerusi pelbagai inisiatif, namun masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan ditambah baik.

“Namun saya sedar ada banyak lagi yang perlu kita lakukan.

“Sebab itu dalam mandat baharu ini saya akan memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan ekonomi negeri, menarik pelaburan dan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan yang strategik serta memperkukuhkan respons dan aduan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata segala komitmen serta tawaran yang dikemukakan menerusi manifesto Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) akan menjadi antara keutamaan pentadbiran baharu.

Katanya, semua tawaran berkenaan perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan secara tersusun supaya rakyat dapat melihat hasil daripada mandat yang diberikan.

Ab Rauf turut menegaskan kerajaan negeri tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk membuktikan kemampuan melaksanakan tanggungjawab selepas diberikan kepercayaan oleh rakyat.

“Saya tidak mahu rakyat menunggu terlalu lama untuk melihat hasilnya kerajaan yang diberikan mandat mesti segera bekerja kepada rakyat bukan sekadar kerana mahu mendengar janji tetapi mahu melihat bukti.

“Kepada seluruh rakyat Melaka, saya tidak menjanjikan setiap isu dan cabaran dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Tetapi saya berjanji kita tidak akan berhenti berusaha, tidak akan berhenti bekerja dan tidak akan sekali-kali berhenti memperjuangkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mengumumkan Isnin, 16 November 2026 sebagai Cuti Khas bagi negeri Melaka sempena kemenangan BN dan PN pada PRN Melaka ke-16 itu.

Beliau berkata, pengisytiharan cuti khas itu dibuat sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan gabungan berkenaan serta penghargaan kepada seluruh rakyat yang memberikan kepercayaan dan mandat untuk meneruskan pentadbiran negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.