nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

19 kes jangkitan baharu COVID-19

5 JUN : Sebanyak 19 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,266 orang sehingga kini.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, ketika ini seramai 1,540 pesakit sedang dirawat.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, enam orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Turut dilaporkan hari ini, seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia berkaitan COVID-19, menjadikan keseluruhan mangsa yang mati seramai 115 orang.

Bagi yang pulih pula, seramai 51 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar wad sekali gus menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,610 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, Noor Hisham menjelaskan bahawa jumlah beberapa penyakit berjangkit menurun dengan ketara dalam tempoh 22 minggu pertama tahun ini, berbanding tahun lalu.

Ia termasuk penyakit penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), demam campak dan cacar air.

Ini kerana, jelasnya, penurunan kes terbabit satu kesan positif pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut dibantu amalan kebersihan yang tinggi.

“Sudah hampir tiga bulan Malaysia menguatkuasakan kawalan pergerakan iaitu PKP fasa satu, dua, tiga empat dan PKPB susulan penularan wabak COVID-19.

“Sepanjang tempoh ini, kerajaan menekankan pelbagai langkah pencegahan. Misalnya amalan penjarakan sosial yang selamat, iaitu sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain dan mengelakkan berada dalam ruang yang sempit dan sesak.

“Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan dan seterusnya memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam masyarakat dengan meminimumkan kontak antara individu yang berpotensi dijangkiti dan individu yang sihat,” katanya. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.