nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tubuh RCI siasat Tun M, Guan Eng

8 JUN: Kerajaan digesa menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi gambaran kurang tepat berhubung kedudukan kewangan dan jumlah sebenar hutang negara.

Berikutan itu, Pertubuhan Alumni Universiti Luar Negara (Alumni) dan Sekretariat NGO Melayu Islam (PentasNGO) akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi mendesakkan kerajaan segera menubuhkan RCI tanpa prejudis.

Setiausaha Alumni, Naseron Ismail berkata, laporan berkenaan dibuat ekoran dari pendedahan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai situasi sebenar kewangan negara di zaman pemerintahaan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebelum ini.

Menurut beliau, rakyat tidak seharusnya terus dibohongi dan dimomokkan oleh rejim PH pimpinan Tun Mahathir dengan cerita palsu kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah mencapai RM1 trilion sehingga membuatkan negara berada dalam keadaan kewangan yang cukup kritikal.

“Malah PH melancarkan Tabung Harapan yang berjaya mengumpulkan hingga melebihi RM200 juta hasil dari sumbangan rakyat yang terpedaya dengan cerita karut PH.

“Tidak cukup dengan itu, kerajaan PH membuat pinjaman luar yang bernilai ratusan bilion ringgit, menjual hampir kesemua aset strategik orang Melayu yang bernilai puluhan bilion ringgit di Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan lain-lain.

“Selepas itu harta Petronas pula telah dijarah berjumlah puluhan bilion ringgit, bantuan kepada rakyat marhaen disekat, puluhan ribu penjawat awam diberhentikan kerja dengan alasan keadaan kewangan negara yang tenat dan rakyat diminta supaya mengikat perut kononnya untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Naseron berkata selama hampir 22 bulan rakyat diperbodohkan dengan lakonan rejim PH, namun segala-galanya terbongkar apabila kerajaan sekarang mengumumkan bantuan segera kepada rakyat dengan dana melebihi RM250 billion.

“Pekung rejim PH kini terbongkar sekali gus menjawab persoalan rakyat apabila Tengku Zafrul membuat kenyataan beliau merasa hairan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri kerajaan PH dan Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu membuat pinjaman sedangkan keadaan kewangan negara adalah kukuh,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak NGO dan individu akan tampil membuat laporan polis bagi mendesak kerajaan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat sama ada terdapat salah laku melibatkan Dr Mahathir dan Guan Eng sepanjang pemerintahan PH selama 22 bulan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.