nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Musa bebas 46 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

9 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan kontrak konsesi balak di Sabah.

Memetik laporan BH Online, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Azhar Abdul Hamid bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Hari ini sepatutnya dijadualkan untuk pengurusan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga tersebut.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa seterusnya memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya bagi mengelakkan tuduhan tergantung.

Muhammad Jamil kemudian mengarahkan Musa dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan.

Beliau turut membatalkan dua permohonan daripada pihak pembelaan iaitu untuk membatalkan tuduhan dan permohonan bagi mencabar keperlembagaan Seksyen 82(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Musa, 69, menghadapi 30 pertuduhan rasuah, atas kapasitinya sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta.

Wang suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura sepanjang tempoh 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Bagi kes pengubahan wang haram, pertuduhan pertama dan ke-16, bekas Ketua Menteri Sabah itu didakwa membabitkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di UBS AG atas nama lelaki itu atas tujuan menerima hasil aktiviti haram.

Beliau juga berdepan tuduhan alternatif, iaitu menyembunyikan pemilikan hasil aktiviti haram berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan dan 11 hingga 15, Musa didakwa secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram.

Beliau didakwa menerima wang berjumlah AS$37,845,491.60 daripada beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes yang dikatakan hasil aktiviti haram tertuduh manakala bagi pertuduhan ke-10 pula, beliau didakwa menerima AS$2.5 juta atas sebab sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.