nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bayaran ubah suai banglo jadi yayasan ikut progres

18 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bayaran untuk kerja ubah suai banglo untuk dijadikan Yayasan Al Falah dibuat mengikut progress (peringkat).

Mahkamah juga dimaklumkan kontraktor yang diupah untuk mengubahsuai banglo untuk dijadikan Yayasan Al Falah itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menyiapkannya.

Marzuki Che Omar, pengarah urusan Tekad Nusantara Sdn Bhd memberi keterangan demikian di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau adalah salah seorang dari dua saksi yang ditampilkan hari ini untuk memberi keterangan dalam kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan membabitkan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Seorang lagi saksi ialah Mohamed Hussein Mohammad Aniffa juruwang sebuah syarikat pengurup wang.

Marzuki ketika menjawab soalan Timbalan Pendawaraya Ahmad Sazilee Abdul Khairi, berkata, sebelum dia memulakan kerja-kerja pengubahsuaian, keadaan banglo berkenaan seperti rumah tinggal dan tidak terurus.

Katanya kerja-kerja ubahsuai untuk Yayasan AlFalah, milik adik Zahid, Datuk Nasaei, bermula sekitar bulan September tahun 2018.

Marzuki berkata dia memulakan kerja-kerja pengubahsuaian pada September 2018 dan menyiapkan kerja pada minggu kedua bulan Februari 2019 manakala serahan kunci dibuat pada 30 Mac 2019.

Apabila ditanya oleh Ahmad Sazilee dengan siapa dia berurusan dalam soal pembayaran, Marzuki berkata biasanya dia akan diberitahu oleh kawannya Haji Saad untuk berjumpa lepas zohor di surau AnNur yang terletak berdepan dengan lot itu.

“Bayaran dibuat terus oleh Datuk Zahid secara tunai. Perjalanan kontrak saya dibuat secara teratur dan ikut progres. Secara berperingkat. Dalam masa tujuh hari Datuk Zahid akan bayar saya,” katanya.

Ahmad Sazilee bertanya sama ada pernah Datuk Seri Nasaie yang serah wang?

“Tak pernah. Semua serahan wang oleh Datuk Zahid sendiri,” jelas Marzuki

Peguambela, Mohd Haziq Dhiyauddin Razali keyika disoal sama ada dia tahu di dalam rumah yang diubahsuai itu ada ruang besar atau bilik mesyuarat yang sesuai untuk tujuan solat dan madrasah

Marzuki berkata ya, begitu juga dengan kelas pengajian.

Ditanya sama ada dia pernah membantu Zahid Hamidi dalam kerja-kerja pembinaan di tempat lain, Marzuki menjawab, “Inilah yang kali pertama kali.”

“Bagaimana pula dengan surau bangunan UMNO di aras 1 Menara Datuk Onn?,” tanya Mohd Haziq lagi.

“Itu sebelum (ubahsuai banglo) tetapi masa itu saya dilantik oleh AJK surau,” katanya.

Apabila ditanya Ahmad Sazilee ketika serahan kunci dibuat ia termasuk perabot dalam rumah, Marzuki menjawab, “itu bukan dalam skop kerja saya. Saya tak supply perabot.”

Sementara itu, saksi kedua hari ini, Mohamed Hussein ditanya Ahmad Sazilee mengenai transaksi pembayaran

“Saya cadanglan, segala transaksi telah direkodkan dan berdasarkan rekod bank tidak ada yang tersembunyi dalam transaksi?”

“Ya saya setuju,” jawabnya.

Perbicaraan ditangguhkan ke 3 Julai, 2020. – Oleh NOOR HASILAH ISMAIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.