nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gelombang biru landa Melaka, BN-PN menang hatrik

14 NOV : Barisan Nasional (BN) mencipta kemenangan hatrik apabila sekali lagi berjaya membentuk kerajaan negeri dan kali ini menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Kejayaan itu menyusuli kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus memperkukuh momentum kerjasama BN dengan Perikatan Nasional selepas mencapai majoriti lebih dua pertiga di Melaka.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dan PN memperoleh majoriti kukuh secara tidak rasmi dengan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah atas kejayaan BN dan PN yang telah memperolehi majoriti yang kukuh secara tidak rasmi 24 kerusi DUN Melaka dan dengan ini, insya-Allah BN dan PN akan membentuk Kerajaan Negeri Melaka.

“Alhamdulillah, kemenangan hatrik ini…tiga kali berturut-turut bukanlah alasan untuk kita semua terpegun. Sebaliknya, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran, kerendahan hati dan keinsafan.

“Keputusan ini meneruskan momentum gelombang biru yang bermula di Negeri Johor, disusuli Negeri Sembilan dan kini diperkukuhkan di Negeri Melaka. Alhamdulillah, mandat lebih dua pertiga majoriti ini membuktikan bahawa rakyat Melaka terus memilih rekod pencapaian dan kestabilan serta hala tuju pembangunan yang dikawal selia oleh BN dan PN berbanding historic politics yang dimainkan sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di MITC, malam ini yang turut dihadiri pimpinan PN.

Mengulas tentang kemenangan itu, Ahmad Zahid berkata, kejayaan berkenaan bukan alasan untuk kepimpinan kedua-dua gabungan berasa selesa, sebaliknya perlu diterima sebagai amanah besar untuk memenuhi tanggungjawab kepada rakyat.

“Kami sedar bahawa mandat yang diberikan membawa amanah besar untuk melunaskan setiap aku janji manifesto serta memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira agama, bangsa, dan latar belakang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan PRN Melaka sebagai petunjuk penerimaan rakyat terhadap persepakatan politik antara BN dan PN yang dibina sepanjang pilihan raya berkenaan.

“Kami amat bersyukur bahawa PRN Melaka kali ini sekali lagi memperlihatkan persepakatan politik yang dibina, kemantapan, serta keikhlasan semakin subur serta diterima oleh rakyat secara keseluruhannya.

“Semangat kebersamaan antara BN dan PN sepanjang pilihan raya ini insya-Allah akan terus diperkukuhkan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang insya-Allah lebih stabil, lebih kukuh dan lebih berwibawa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.