nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MPOB bantu pekebun kecil sawit dapatkan MSPO

18 JUN: Lebih 400,000 pekebun kecil sawit termasuk 258,657 pemilik kebun persendirian di Malaysia digalakkan mendapatkan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya akan memberikan komitmen bagi memastikan semua pekebun kecil sawit berkenaan mendapat 100 peratus pengiktirafan MSPO.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, tindakan tersebut perlu bagi membantu pekebun kecil sawit mendapatkan hasil buah tandan segar (BTS) yang bermutu tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan kadar perahan minyak (OER).

“Fokus lebih tertumpu kepada pekebun-pekebun persendirian sawit kerana pemilik ladang yang berskala besar dan pihak industri mempunyai pengetahuan berkenaan MSPO dan mereka telah memohon serta telah diberi pengiktarafan sijil berbanding pekebun kecil persendirian.

“MPOB memandang serius dengan pensijilan ini kerana 2.3 juta hektar daripada 5.90 juta hektar tanaman sawit dimiliki oleh pekebun kecil dan persendirian, dan ianya meliputi 60 peratus tanah pertanian di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana negara pengimport memperakukan sijil MSPO dan menyatakan kesediaan akan membeli sawit Malaysia dengan harga yang lebih tinggi, sekali gus akan membantu pekebun meningkatkan pendapatan hasil daripada penghasilan buah tandan segar yang bermutu dan tinggi nilainya.

Menurut Ahmad Jazlan, persijilan berkenaan juga akan memberi pengetahuan seperti amalan pertanian baik (GAP) sawit, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kecekapan pengurusan serta meningkatkan produktiviti dan secara langsung meningkatkan pendapatan pekebun.

“Bagi mereka yang belum memperolehi sijil MSPO, MPOB melalui 54 pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) diseluruh Malaysia, bersedia untuk membantu anda mendapatkan pensijilan MSPO. Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk rakyat.

“Justeru, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui MPOB telah memberi peruntukan yang cukup bagi memastikan pensijilan ini dapat disempurnakan,” katanya.

Oleh itu, beliau memberitahu, pekebun kecil kelapa sawit harus mengambil peluang ini bagi memastikan sijil ini mencapai sasaran 100 peratus pada tahun ini.

“Peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya, terutama dengan pengecualian 100 peratus duti eksport terhadap minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit diproses seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020.

“Ini akan memberi manfaat yang besar kepada pekebun, pemilik ladang serta pihak industri dalam usaha menambah pendapatan serta menyumbang kepada ekonomi negara.

“Masyarakat dipohon untuk membantu MPOB memberi hebahan ini kepada ahli keluarga, saudara mara serta kenalan yang terlibat dalam industri sawit negara,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.