nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MPPN perkasa penyatuan nasional

18 JUN: Dalam memperkasakan perpaduan rakyat di negara ini, sebuah Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) ditubuhkan yang akan menasihati kerajaan dalam hal ehwal perpaduan serta membincangkan usaha penyatuan nasional.

Majlis yang ditubuhkan diperingkat kebangsaan itu akan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan menangani isu dan cabaran perpaduan bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara, majlis itu dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

“Ia dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta serta individu berpengalaman dan pakar dalam bidang perpaduan.

“Keahlian MPPN dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tempoh dua tahun,” kata kenyatan itu hari ini.

MPPN akan dipengerusikan oleh Mohd. Radzi Md. Jidin.

MPPN akan bersidang sebanyak enam kali setahun bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Menurut kenyataan itu, majlis berkenaan disokong oleh Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique di peringkat kementerian.

Bagi peringkat negeri pula ia melalui Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri yang dipengerusikan oleh Exco Perpaduan di peringkat negeri masing-masing.

“Langkah menubuhkan MPPN di peringkat kebangsaan dan jawatankuasa-jawatankuasa perpaduan di peringkat kementerian serta negeri adalah bagi memperkukuhkan hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional secara bersepadu demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia,” katanya. – MOHD. FAIRUZ YUSOF

Get real time updates directly on you device, subscribe now.