nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun M berbohong anaknya tiada perniagaan di Malaysia – Najib

Najib Dedah Mokhzani Mahathir Pernah Jadi Pemegang Saham Terbesar Bank

27 JUN:Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa anak Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi antara pemegang saham terbesar sebuah bank di Malaysia.

Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO berkata, Mahathir selama ini berbohong apabila anak-anaknya tidak pernah berniaga di Malaysia dan menerima sebarang kontrak ketika dirinya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri keempat.

Menurut beliau, cara anaknya, Mokhzani memiliki saham bank itu agak tersorok menyebabkan orang awam susah untuk mengetahuinya.

“Kerana orang awam akan marah jika mereka tahu anak Perdana Menteri tiba-tiba menjadi antara pemegang saham terbesar sebuah bank di Malaysia.

“Masa itu, anak dia memiliki dan menguasai dua syarikat tersenarai – Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings Dan Pantai Hospitals beli saham Avenue Assets.

“Syarikat Avenue Assets pula merupakan antara pemegang saham terbesar Phileo Allied Bank manakala Tongkah Holdings juga beli saham Avenue Assets,” katanya menerusi hantaran dalam laman akaun Facebook miliknya hari ini.

Najib yang juga merupakan bekas Perdana Menteri keenam memberitahu, apabila pemilikan saham Avenue Assets oleh syarikat Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings digabungkan maka orang yang menguasai Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings juga menguasai Avenue Assets.

Tambahnya, Mokhzani juga menguasai Avenue Assets yang merupakan antara pemegang saham terbesar Phileo Allied Bank.

“Sebab itu, anak Perdana Menteri ketujuh mempunyai kuasa untuk menuntut Maybank menaikkan harga pembelian Phileo Allied Bank.

“Akhirnya, Maybank mengalah dan menaikkan harga pembelian Phileo Allied Bank dari RM1.2 bilion ke RM1.3 bilion.

“Itu cerita tahun 2000. Maybank itu milik siapa masa itu? Siapa Perdana Menteri masa itu? Mokhzani anak siapa?,” katanya. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.