nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Calon Speaker mesti terima sokongan mencukupi

30 JUN: Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat harus mendapat sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Parlimen.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini merupakan amalan biasa dan pelantikan Azhar akan ditentukan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, apa yang penting, pelantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat dinilai melalui kriteria-kriteria tertentu dan semua itu pasti ada pada diri Azhar sebelum keputusan melantiknya dibuat.

“Saya rasa bolehlah berspekulasi sehingga perkara itu disahkan. Bagi saya seseorang yang hendak dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat seharusnya melepaskan semua jawatan termasuk jawatan dalam parti politik dan jawatan dalam badan-badan yang lain.

“Ia seiring dengan tanggungjawab yang bersesuaian dengan status dan kedudukan seorang Yang Dipertua Dewan,” katanya seperti dipetik dari laporan MalaysiaGazette, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa cadangan pelantikan Azhar ada mempunyai kaitan dengan abangnya, Tan Sri Idrus Harun yang dilantik Peguam Negara pada Mac lalu.

Menurut beliau, adalah tidak adil untuk mengaitkan pelantikan Azhar dengan perkara itu kerana beliau sendiri dilantik sebagai Pengerusi SPR ketika berada dalam pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Saya rasa tidak adil kalau nak kaitkan abang dia sebagai AG (Peguam Negara)..Art Harun (Azhar) dilantik SPR sebelum pun AG dilantik dan dia telah pun menunjukkan khidmat yang baik dan cemerlang di SPR. Tidak ada perkara yang luar biasa,” ujarnya.

Annuar menambah, pelantikan Azhar ke jawatan berkenaan adalah wajar kerana beliau telah menunjukkan khidmat yang baik dan cemerlang ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Difahamkan, Azhar tidak akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.