nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhaidin pengundi pertama normal baharu pilihan raya

30 JUN: Pemangku Ketua Balai Polis Chini, Koperal Muhamad Muhaidin Haripen bukan sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, malahan melakar sejarah sebagai individu pertama mengundi dalam suasana normal baharu bagi pilihan raya di negara ini.

Muhamad Muhaidin, 36 berkata, proses mengundi kali ini berbeza berbanding tiga pilihan raya umum yang beliau lalui.

Menurut beliau, dia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mula-mula kita akan daftar mengundi di pintu masuk dan perhatikan garisan jarak sosial yang disediakan dan ikut.

“Sampai ke titik pertama kita perlu jalani saringan suhu badan, pakai hand sanitizer masuk ke dalam pakai lagi sekali hand sanitizer baru pegawai SPR akan calitkan dakwat kekal dan pakaikan sarung tangan dan topeng muka sebelum mengundi,” katanya seperti dipetik laporan BERNAMA, hari ini.

Pusat pengundian di Bilik Maklumat Balai Polis Chini di sini mula dibuka jam 8 pagi ini hingga 12 tengah hari ini bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka.

Sepanjang proses pengundian awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan koronavirus (Covid-19) berkuatkuasa seperti jarak sosial, amalan pemakaian pelitup separuh muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan.

Muhamad Muhaidin berkata, jika dahulu pengundi akan mencelup jari telunjuk ke dalam dakwat pilihan raya namun kali ini berbeza apabila mereka perlu menghulurkan jari telunjuk kiri dan dicalitkan dengan berus.

“Berus itu kemudiannya akan dibuang bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Seterusnya kerani pengundian ketiga akan menyarungkan sarung tangan plastik dan barulah beliau menandakan kertas undi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Koperal Wan Nur Eza Ilmi Wan Zahari, 31, memberitahu, beliau turut teruja mengundi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang pertama kali dibuat dalam sejarah pilihan raya negara.

“Bukan semua orang dapat mengundi dalam keadaan sebegini, ini detik berharga dalam hidup saya,” katanya.

Di dalam perkarangan balai polis itu, satu khemah khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut disediakan buat pengundi yang mempunyai gejala mengikut bacaan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius.

Turut meninjau perjalanan proses pengundian awal ialah Pegawai Pengurus PRK Chini Datuk Zaliza Zulkifli serta tiga calon bertanding calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Semasa proses pengundian awal, ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR datang menyaksikan selain proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung atau live streaming menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis. Pemilih terdiri daripada 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini adalah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.