nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tekad Abu Zahar pastikan SPRM bersih dari tuduhan politik



1 JULAI: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang bertekad untuk memastikan agensi tersebut bersih daripada sebarang kepentingan politik. 

Abu Zahar berkata, beliau tidak mahu SPRM dituduh sebagai alat politik dan akan bersikap tegas dan seadilnya tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. 

Menurut beliau, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan semua parti politik termasuk pembangkang agar mereka memahami SPRM bersih dari sebarang agenda politik dan tidak menggunakan agensi itu sebagai permainan politik mereka. 

“Dalam hal ini, kita beristiqamah dan cara lebih bijak dan tidak terburu-buru buat keputusan serta tak boleh beremosi di samping mewujudkan sikap tidak baik kepada sesiapapun.

“Bagi saya yang salah tetap salah tanpa kira pangkat darjat dan kedudukan. Sesiapa sahaja tak kira pangkat, darjat dan kita mempunyai cukup bukti, maka kita akan ambil tindakan tanpa ada pilih kasih. Itu pendirian saya,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini. 

Semalam, Abu Azhar dan 7 lagi individu menerima surat cara dan pelantikan sebagai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan itu adalah atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.

Abu Zahar memberitahu, pihaknya juga akan memperluaskan lagi pendekatan mendidik masyarakat agar mereka tidak memberi atau menerima rasuah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Dalam pada itu, Abu Zahar mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri kerana mempercayai beliau bagi mempengerusikan LPPR. 

“Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kepercayaan menyertai SPRM semula dan saya akan cuba melakukan terbaik.

“Ini adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah yang perlu saya lakukan sedaya upaya saya bagi membasmi rasuah dan mencapai tujuan objektif SPRM,” katanya. –AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.