nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Orang Melayu tidak percaya PKR kerana terlalu liberal

1 JULAI: Majoriti orang Melayu kini hilang kepercayaan terhadap PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana pendirian parti itu yang terlalu liberal serta lebih mementingkan kaum lain berbanding bangsa dan agama sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain dikatakan terpaksa berbuat demikian bagi menunjukkan parti berkenaan mewakili masyarakat pelbagai kaum dan agama bukannya orang Melayu dan Islam sahaja.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ajaran Islam itu sendiri bersifat syumul dan sederhana dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi hubungan antara kaum dan agama lain.

ANUAR SHAARI

“Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin PKR termasuk Anwar sendiri sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk prinsip, maruah dan kepentingan orang Melayu dan Islam demi mendapatkan sokongan dan undi kaum bukan Melayu dan bukan Muslim apabila tiba musim pilihan raya.

“Inilah yang prinsip dan asas perjuangan tidak betul yang menjadi amalan dalam PKR sekarang sehingga ramai orang Melayu dan Islam mula bertindak keluar daripada parti dan meninggalkan Anwar sekarang,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Anuar mengulas tentang kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kesukaran Anwar dan PKR meraih sokongan orang Melayu dan umat Islam ketika ditemu bual CNBC, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan PKR bakal berkubur dan hanya tinggal nama sahaja jika trend penyokong terutama orang Melayu keluar parti secara beramai-ramai berlaku secara berterusan.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, kebanyakan penyokong dan ahli juga bertindak keluar dari PKR kerana berasa kecewa, berputus asa serta sedar bahawa selama ini mereka sebenarnya ditipu oleh pucuk pimpinan parti termasuk Anwar sendiri.

“Apabila penyokong dan ahli hilang kepercayaan kepada PKR yang diperjuangkan selama ini maka ia bukan satu isyarat baik untuk parti terus berkembang dan berkemungkinan besar akan terkubur,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Dr Mahathir, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mencadangkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengisi jawatan itu sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa, beliau berpandangan:

“Sebenarnya Anwar patut menyalahkan dirinya sendiri jika gagal menjadi Perdana Menteri seperti diidamkannya selama ini kerana pertama kenapa beliau boleh percayakan Dr Mahathir?

“Saya hairan kenapa Anwar boleh percayakan Dr Mahathir sekali lagi selepas beliau pernah dipecat dan dipenjarakan oleh Perdana Menteri keempat dan ketujuh berkenaan pada zaman reformasi sebelum ini.”

Anuar berkata, perkembangan itu menunjukkan Anwar tiada kekuatan diri dan sudah hilang aura untuk menjadi Perdana Menteri tanpa bantuan daripada musuh tradisinya iaitu Dr Mahathir.

“Apabila Datuk Seri Anwar tiada kekuatan dan keyakinan diri, maka bagi saya harapan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sudah lama terkubur dan agak tipis untuk berjaya kerana dia terpaksa bergantung kepada pengaruh orang lain untuk mendapatkan jawatan itu,” katanya.

Tambahan pula, Anuar berkata, Presiden PKR berkenaan turut ditolak oleh kebanyakan Ahli Parlimen dan rakyat Sabah dan Sarawak untuk menjadi calon Perdana Menteri seterusnya.

“Akhirnya Anwar terpaksa menjadi bola yang ditendang ke sana ke mari kerana sikap beliau yang suka ‘bermuka-muka’ dan hanya peduli mengenai masalah rakyat apabila hampir dengan pilihan raya umum.

“Saya rasa kebanyakan Ahli Parlimen dan rakyat Sabah dan Sarawak kini sudah kenal siapa Anwar sebenarnya iaitu seorang pemimpin yang suka bermuka-muka, suka temberang (berbohong) dan cakap tidak serupa bikin.

“Sebagai contoh apabila bercakap di hadapan kelompok ‘A’ di cakap lain, depan kelompok ‘B’ lain serta banyak melontar banyak janji-janji manis untuk membantu membangunkan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Beliau menyatakan, namun akhirnya semua itu hanya tinggal janji dan sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan oleh Anwar dan kerajaan terdahulu di bawah PH. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.