nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 10,000 rakyat Malaysia terkandas di luar negara

6 JULAI: Wisma Putra mengenal pasti seramai 10,484 rakyat Malaysia yang terkandas serta berpotensi untuk terkandas di luar negara setakat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang berusaha untuk memudahcara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan peraturan negara-negara asing termasuk larangan pesawat asing untuk mendarat di negara mereka.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meminta Wisma Putra untuk berbincang dengan rakan sejawatnya bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau menambah, Wisma Putra juga diminta untuk meneliti perancangan serta kos yang terlibat bagi proses repratriasi rakyat Malaysia.

Ismail Sabri memberitahu, mesyuarat Khas mencadangkan supaya Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluaskan bagi membantu dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas.

“Diharapkan orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung COVID-19,” jelasnya.

Difahamkan, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara adalah pelajar dan individu-individu yang terpaksa pulang setelah hilang pekerjaan.

Pada masa ini, dianggarkan kira-kira 457,000 rakyat Malaysia berada di luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 387,702 individu telah berdaftar dengan perwakilan-perwakilan Malaysia.

“Kerajaan ingin menyeru rakyat Malaysia yang masih tidak berdaftar untuk berbuat demikian dalam masa yang terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, polis menahan seramai 251 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan daripada jumlah itu, 111 individu telah direman manakala 140 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara aktiviti melanggar SOP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (126), aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (123) dan aktiviti yang melanggar SOP (2).

“Polis juga telah berjaya menahan empat warga asing di sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.