nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

IPT dibuka sepenuhnya mulai Oktober

8 JULAI: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula dibuka sepenuhnya kepada pelajar tempatan dan antarabangsa mulai Oktober ini.

Dengan pelaksanaan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berharap agar semua IPT dan pelajar membuat persediaan yang diperlukan mulai sekarang.

“Ini bagi memastikan keputusan membuka semula universiti dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Kementerian Pengajian Tinggi berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau memberitahu, mesyuarat Kabinet hari ini juga bersetuju untuk membenarkan kemasukan empat lagi kategori pelajar IPT ke kampus secara berperingkat mulai Julai ini.

Menurut beliau, kategori pertama iaitu sebanyak 30 peratus pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.

“Bagi kategori kedua iaitu pelajar tahun satu sehingga tahun empat di universiti awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional.

“Pelajar tahun satu sehingga tahun empat di universiti awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian merupakan kategori ketiga.

“Yang terakhir adalah pelajar antarabangsa dari kedua-dua universiti awam dan IPTS termasuklah pelajar baharu,” katanya.

Sementara itu, Noraini menambah bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu mendaftar dengan Education Malaysia Global Services sebelum diberikan kebenaran masuk ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata, mereka perlu menjalani ujian PCR atau RTK Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Malaysia yang dikehendaki menjalani saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk negara dan seterusnya menjalani kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan oleh IPT masing-masing.

“Pelajar yang pulang ke kampus diminta untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

“Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan aktiviti pelajar dibenarkan,” jelasnya.

Noraini memberitahu, kebenaran itu adalah dengan syarat aktiviti tersebut tidak melebihi 250 orang yang tertakluk kepada saiz ruang dan penjarakan sosial. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.