nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM tubuh pasukan khas kes Adib

10 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji semula semua keterangan diberikan oleh saksi dan pandangan pakar patologi berhubung punca sebenar kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan di kuil Hindu, lebih setahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan itu perlu kerana sehingga kini polis belum mendapat keterangan saksi yang boleh mengesahkan Adib dibunuh ketika insiden rusuhan di kuil terbabit.

Berikutan itu, Hamid berkata PDRM sudah membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi merealisasikan penubuhan pasukan terbabit secepat mungkin.

Hamid berkata sebelum ini polis pernah menubuhkan pasukan seumpamanya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang model berasal dari Belanda yang meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari bangunan terbabit.

Katanya, penyiasatan (mengenai punca sebenar kematian Adib) masih berjalan dan kita akan menyerahkan semula kertas siasatan akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya apabila ia siap kelak.

“Polis tidak pernah melengah-lengkap kerja menyiapkan kertas siasatan kes kematian Adib, namun sehingga kini tiada seorang pun saksi yang dapat menyakinkan kami bahawa arwah Adib ditarik keluar dari van bomba dan dipukul oleh orang ramai.

“Jadi di mana polis nak cari saksi walaupun terdapat rakaman video yang kabur namun tiada satu pun yang memberikan gambaran tepat mengenai kejadian itu.

“Namun, ada satu rakaman video yang menunjukkan rakaman kejadian di mana jentera bomba yang besar mengundur dan melanggar van dinaiki oleh arwah Adib bersama dua lagi pegawai bomba lain,” katanya ketika sidang media di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Hamid mengesahkan polis sudah memanggil 30 saksi inkues kematian Adib sebelum ini untuk membantu polis merungkai punca sebenar kematian anggota bomba terbabit.

Mengulas lanjut, Hamid berkata polis juga sudah memanggil 50 saksi baharu bagi membantu menyelesaikan siasatan kes terbabit selepas Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan punca sebenar kes kamatian Adib adalah akibat dipukul oleh sekurang-kurang dua individu atau lebih.

Hamid berkata pihaknya juga sudah memanggil dua orang pakar patologi yang memberi keterangan ketika prosiding inkues Adib berlangsung, namun polis gagal mendapat bukti kukuh bahawa Adib dibunuh.

“Kita juga sudah memanggil seorang saksi yang kononnya mendakwa arwah Adib pernah berkomunikasi dan memberitahunya dengan menggunakan isyarat kononnya Allahyarham dipukul ketika kejadian terbabit namun keterangannya mengenai keadah digunakan kurang menyakinkan untuk membuktikan kejadian terbabit benar-benar berlaku,” katanya.

Berikutan itu Hamid menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan menyaksikan kejadian itu berlaku supaya tampil ke depan bagi membantu polis merungkai punca sebenar kematian Adib yang masih menjadi ‘misteri’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.