nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berita palsu COVID-19, 266 kertas siasatan dibuka

12 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka 266 kertas siasatan berhubung kes penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 172 masih dalam siasatan, manakala 30 kes telah didakwa di mahkamah, 12 lagi diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraan dan 17 telah mengaku bersalah.

Katanya, PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu kerana kerajaan memandang serius perkara itu.

“Pada masa yang sama, sebanyak 351 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-89115103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita dengan jumlah layarannya kini mencecah lebih 163 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM sudah membuat 70,190 pemeriksaan semalam (11 Julai 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katannya, sebanyak 4,358 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,422 anggota telah membuat pemantauan di 4,183 pasar raya, 5,987 restoran serta 1,377 penjaja, 1,494 kilang, 3,614 bank dan 841 pejabat kerajaan.

Selain itu, 1,195 terminal pengangkutan darat, 250 terminal pengangkutan air serta 164 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh pasukan petugas khas Operasi Pematuhan.

Berikutan itu, PDRM menahan 29 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP termasuk lapan ditahan reman dan 21 individu dikenakan kompaun.

Katanya, antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (3 individu), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (13 individu) serta aktiviti yang melanggar SOP (13 individu). –HAIKA GHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.