nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tabung Haji: Hanya RCI boleh rungkai segala tuduhan

15 JULAI: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang melibatkan Tabung Haji (TH) bagi membolehkan satu tindakan yang bebas dan adil diambil.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hanya RCI boleh merungkai segala tuduhan salah laku dan penyelewengan berkaitan isu TH terhadap kerajaan dari zaman Barisan Nasional (BN) sehinggalah Pakatan Harapan (PH) dan terkini Perikatan Nasional (PN).

Malah tegasnya, keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya para pendeposit boleh dikembalikan apabila bukan sahaja isu-isu lama dapat diselesaikan malah cadangan-cadangan penambahbaikan digarap sebaiknya oleh pihak RCI yang bakal dibentuk kelak.

“Semoga usaha kami di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ini akan diberikan perhatian serius oleh pihak Kerajaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Asyraf, beliau sebelum ini menyerahkan memorandum mendesak penubuhan RCI disegerakan bagi menyiasat isu-isu berkaitan TH kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

“Mewakili Pemuda UMNO, saya merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Dr Zulkifli atas masa yang diperuntukkan hampir sejam setengah mendengar penjelasan kami.

“Sekaligus menerima memorandum untuk diangkat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Dr. Zulkifli dalam Facebook beliau memaklumkan gesaan bagi penubuhan RCI menyiasat isu TH akan diteliti pihaknya secara adil.

Selain Pemuda UMNO, gesaan penubuhan RCI menyiasat isu TH turut dibangkitkan beberapa penyokong kerajaan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.