nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

7 langkah tingkat sosioekonomi Orang Asli

23 JULAI: Kerajaan dicadang menubuhkan badan berkanun dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Orang Asli yang akan berfungsi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu peningkatan pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di negara ini pada masa depan.

Ahli Parlimen BN Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata, perkara itu adalah antara tujuh cadangan perlu dilaksanakan kerajaan bagi membela nasib dan kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Beliau berkata penubuhan lembaga berkenaan perlu dibuat mengikut Akta Parlimen dan berhak mendapat dana secara ‘one off’ daripada Kerajaan Persekutuan dan boleh menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan dana tahunan kerajaan.

“Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Kemajuan Orang Asli mestilah terdiri daripada golongan profesional anak Orang Asli bagi menjayakan agenda ekonomi.

“Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bolehlah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli sahaja,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak jalan baharu dan membaik pulih jalan sedia ada di sekitar perkampungan Orang Asli yang lebih 10 tahun tidak diperbaiki.

Menurut beliau, pembinaan projek infrastruktur berkenaan penting bagi menyambungkan perkampungan Orang Asli ke jalan utama di seluruh negara yang menjadi medium penting pembangunan sesebuah kawasan.

“Kita juga berharap kerajaan dapat membina rumah lebih besar iaitu melebihi 1,000 kaki persegi bukannya 650 hingga 800 kaki persegi sekarang yang amat daif dan hampir runtuh, begitu juga kemudahan bekalan air dan elektrik yang lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli juga menyarankan supaya semua anak Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya diberikan biasiswa tanpa mengambil kira pendapatan perkapita keluarga mereka melebihi RM2,500 sebulan atau tidak.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memberikan khidmat kesihatan termasuk pakar perubatan percuma kepada masyarakat Orang Asli, selain menambah baik kemudahan di Hospital Orang Asli di Gombak, Selangor.

“Kerajaan juga perlu segera menyelesaikan isu hak tanah adat Orang Asli yang masih belum menampakan jalan penyelesaiannya terutama dari segi perundangan biarpun perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru itu saya mencadangkan supaya kerajaan meminda Kanun Tanah Negara dengan memasukkan klausa hak milik tanah adat Orang Asli, Akta Orang Asli 1954 dan mewujudkan Enakmen Tanah Orang Asli bagi menyelesaikan isu tanah,” katanya.

Ramli berkata sebagai Ahli Parlimen pertama mewakili Orang Asli beliau terpanggil untuk mengemukakan cadangan bagi menambah baik nasib dan kebajikan Orang Asli yang kini adalah golongan termiskin di Malaysia. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.