nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

70 terkorban dalam letupan besar di Beirut

5 OGOS: Lebih 70 individu dilaporkan terbunuh manakala 3,000 orang lagi cedera dalam insiden letupan besar di sebuah gudang di pelabuhan di Beirut, Lebanon, petang semalam.

Memetik laporan ArabNews, jumlah mangsa dikhuatiri akan meningkat dalam dua insiden letupan yang kesan gegarannya boleh dirasakan sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Sejak malam tadi, tular rakaman video yang memaparkan letupan disusuli asap tebal, api marak dan menggegarkan bangunan di Beirut.

Dapat didengar jeritan penduduk yang kelam-kabut menyelamatkan diri masing-masing di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka menyangka insiden yang menggemparkan itu berpunca daripada gegaran kuat akibat gempa bumi.

Akibat letupan itu, banyak bangunan di Beirut turut musnah dengan tingkap kediaman berkecai dan siling runtuh.

Menteri Kesihatan Lebanon, Hamad Hasan berkata, letupan itu mencatatkan ‘angka kecederaan yang tinggi’ namun, punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Ketua Keselamatan Dalam Negeri Lebanon, Abbas Ibrahim, dalam satu kenyataan enggan menimbulkan sebarang spekulasi berhubung tragedi berkenaan berikutan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Letupan itu berlaku beberapa hari sebelum tribunal antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjatuhkan hukuman terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri dan 21 individu lain dalam satu kejadian pengeboman pada 2005.

Suspek dikenal pasti sebagai anggota kumpulan militan Iran, Hezbollah.

Kejadian letupan itu amat mengejutkan penduduk yang sedang bergelut untuk menghadapi ancaman COVID-19 dan dalam masa sama, kerajaan turut mengalami krisis kewangan yang serius.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.