nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri Pendidikan Korea letak jawatan

23 NOV : Menteri Pendidikan Korea Selatan, Choi Kyo-jin meletak jawatan selepas perubahan peraturan peperiksaan kemasukan universiti pada saat-saat akhir mencetuskan kekecohan dalam kalangan calon dan guru.

Presidennya, Lee Jae Myung menerima peletakan jawatan itu pada Ahad susulan kecaman terhadap langkah kementerian memperkenalkan peraturan baharu bagi membendung penipuan menggunakan kecerdasan buatan (AI) menjelang peperiksaan, minggu lalu.

Choi, 72 mengakui kementeriannya gagal membuat persediaan mencukupi sehingga perubahan mendadak Khamis lalu itu menyusahkan orang ramai , khususnya calon yang menduduki Ujian Keupayaan Skolastik Kolej (CSAT) atau Suneung, peperiksaan penting di Korea Selatan yang menentukan peluang kemasukan ke universiti dan mempengaruhi prospek kerjaya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya percaya saya tidak dapat lari daripada kritikan bahawa kami gagal membuat persediaan awal. Kini peperiksaan telah selesai, saya merasakan tanggungjawab yang berat dan menawarkan peletakan jawatan saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu.

Jurucakap Pejabat Presiden, Kang Yu-jung berkata, Lee menerima tawaran itu kira-kira sejam selepas Choi mengumumkan hasrat untuk berundur sebelum meluluskan peletakan jawatan berkenaan secara rasmi lewat Ahad.

Lee turut mengarahkan Perdana Menteri, Han Seong-sook mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan susulan, termasuk langkah penambahbaikan selepas peperiksaan berkenaan.

Antara peraturan baharu yang mencetuskan kekeliruan ialah calon hanya dibenarkan membawa pensel ke dewan peperiksaan, manakala butang pakaian perlu ditutup menggunakan pelekat bagi menghalang penggunaan kamera mini.

Pihak berkuasa turut menghantar tiga amaran kecemasan ke telefon bimbit seluruh negara ketika peperiksaan berlangsung bagi mengesan calon yang gagal menyerahkan telefon masing-masing.

Kementerian Pendidikan pada Jumaat memaklumkan sebanyak 111 kes disyaki menipu menggunakan peranti elektronik dikesan sepanjang peperiksaan itu.

Kontroversi itu tercetus ketika kebimbangan terhadap penipuan menggunakan AI semakin meningkat susulan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk pengakuan peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan akauntan cukai bertauliah tahun ini bahawa dia menggunakan kamera mini, telefon pintar dan AI generatif untuk menipu.

Dalam perkembangan berasingan, seorang lelaki yang memperoleh markah penuh dalam Ujian Kelayakan Pendidikan Undang-Undang (LEET) tahun ini ditemukan meninggal dunia pada Khamis selepas berdepan dakwaan menipu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.