nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1MDB: Tengku Zafrul dedah tembelang Tommy Thomas

6 OGOS: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs pada Februari lalu.

Ia dikemukakan menerusi syor daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020.

Beliau berkata, syor sedemikian dibuat selepas Goldman Sachs bersetuju menaikkan tuntutan bayaran balik untuk Malaysia kepada AS$1.75 bilion (RM7.3 bilion), berbanding AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang pernah ditawarkan pada 13 Disember tahun lalu.

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

“Jumlah ini termasuk bayaran cukai AS$164 juta (RM687 juta) dan pulangan yuran bernilai AS$567 juta (RM2.3 bilion). Syor yang diberikan oleh mantan Peguam Negara dalam surat itu adalah untuk cari penyelesaian di luar mahkamah.

“Ini bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menerima penyelesaian di luar mahkamah,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Kemudian, Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika bangkit mencelah bertanya sama ada bekas Peguam Negara dan bekas Perdana Menteri tidak bercakap benar kepada rakyat dalam isu tersebut.

“Mereka kata patut diteruskan pendakwaan tetapi mereka bersetuju pada penyelesaian yang lebih rendah,” kata Ahmad.

Tengku Zafrul menambah, melalui rundingan terkini, kerajaan akan menerima jumlah tunai sebanyak AS$2 bilion tanpa menolak jumlah cukai.

“Jumlah ini adalah 42 peratus lebih tinggi daripada tawaran terakhir yang diterima oleh Tan Sri Tommy Thomas,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sebagai tambahan, kerajaan kini menerima sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion daripada penjualan aset dan telah menerima bayaran cukai.

Tengku Zafrul berkata, dengan penyelesaian itu dan jumlah yang telah diterima daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), lebih daripada AS$4 bilion akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

“Tetapi kerajaan terus komited untuk mendapatkan aset-aset lain yang belum dikembalikan. Penyelesaian ini juga tidak menjejaskan tuntutan kerajaan terhadap mana-mana individu dan syarikat yang terlibat dengan skandal,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.