nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: PKP bersasar 2 kampung di Perlis

9 OGOS: Sebanyak dua kawasan di Sanglang, Perlis iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (PKPSB) selama 28 hari mulai jam 10 malam tadi hingga 4 September ini.

Kerajaan negeri Perlis dalam kenyataan media berkata, pelaksanaan PKPSB itu dibuat selepas mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan dengan mengambil kira bilangan kes aktif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Pengisytiharan itu dibuat bagi membolehkan aktiviti pengesanan yang telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sejak 7 Ogos lalu dilaksanakan dengan lebih berkesan di kedua-dua kampung terbabit.

“Penduduk di kawasan PKPSB dipohon supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa kerana pelaksanaan PKBSB akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sedia ada dengan tambahan kepada pelaksanaan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk ke kawasan PKPSB.

“Orang awam yang berada di luar kawasan PKPSB tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan perlu,” jelas kerajaan negeri Perlis.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Perlis meminta penduduk di kedua-dua kampung mematuhi arahan kuarantin di rumah yang dikeluarkan setelah mereka menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sanglang.

Sepanjang tempoh arahan kuarantin di rumah, ketua isi rumah adalah dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan harian sementara menunggu seluruh ahli isi rumah memperoleh arahan pelepasan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

“Arahan pelepasan akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis selepas keputusan ujian saringan didapati negatif.

“Keputusan ujian saringan akan dijangka diperoleh tidak melebihi empat hari daripada tarikh ujian saringan dilaksanakan,” jelasnya.

Kerajaan negeri Perlis turut menyatakan keprihatinan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di kedua-dua kampung terbabit dan akan menyalurkan bantuan kepada mereka. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.