nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jakim rangka kaedah baharu ganti UPKK

10 OGOS: Kaedah baharu sedang dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menggantikan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) subjek bertulis yang dibatalkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kaedah yang bakal dilaksanakan nanti mestilah sesuai dalam situasi negara masih lagi belum bebas daripada wabak tersebut

“Kami sedang merangka kaedah yang paling sesuai bagi penilaian murid yang terlibat dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar langkah bagi menggantikan ujian penilaian UPKK yang dibatalkan bagi memastikan penilaian ujian itu tidak terganggu.

Pada 17 April lalu, Jakim membuat keputusan membatalkan pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang sepatutnya dijadualkan berlangsung mulai 28 September hingga 1 Oktober ini.

Dalam pada itu, bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai perkembangan Majlis Tahfiz Negara (MTN), Ahmad Marzuk berkata, kerajaan sedang giat membangunkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi menggerakkan majlis berkenaan.

“Ia termasuk terma dan rujukan standard MTN, standard dan SOP penarafan huffaz, standard penarafan institusi tahfiz peringkat rendah dan tinggi iaitu bagi menjamin tahap keselamatan dan menaik taraf aspek pensijilan tahfiz,” jelasnya sambil menambah, pelancaran SOP itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, bagi menjawab soalan asal Mujahid mengenai peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok secara perbandingan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020, Ahmad Marzuk memberitahu, pada tahun 2017 peruntukan khas sebanyak RM80 juta iaitu institusi sekolah pondok sebanyak RM50 juta dan tahfiz pula RM30 juta.

“Pada 2018 sebanyak RM75 juta diperuntukkan (pondok RM50 juta) dan tahfiz RM25 juta, 2019 sebanyak RM100 juta iaitu RM25 juta sekolah pondok, RM50 juta kepada sekolah tahfiz dan RM25 juta sekolah agama,” ujarnya.

Beliau menyatakan, Belanjawan 2020 pula meluluskan peruntukan khas sebanyak RM100 juta iaitu RM25 juta kepada sekolah pondok, RM50 juta kepada sekolah tahfiz dan RM25 juta kepada sekolah agama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.