nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kos kuarantin di ILA dikurangkan kepada RM100 sehari

10 OGOS: Kos kuarantin wajib 14 hari di institut latihan awam (ILA) terhadap individu yang baru pulang dari luar negara dikurangkan daripada RM150 kepada RM100 sehari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kos bagi mereka yang dikuarantin di hotel kekal sama, iaitu RM150 sehari.

“Caj yang dikenakan di ILA lebih rendah berbanding hotel kerana fasiliti di ILA tidak sama seperti hotel.

“Permohonan untuk dikuarantinkan di ILA tertakluk kepada ketersediaan bilik memandangkan bilangan yang terhad,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail berkata, kerajaan memberi pengecualian kos kuarantin kepada individu daripada keluarga B40 dan banduan tiada sumber kewangan yang baru dibebaskan dari negara jiran.

Ia adalah tambahan kepada pengecualian untuk pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelajar daripada keluarga B40 sebelum ini.

Sementara itu, Ismail berkata, individu daripada keluarga sama, iaitu ibu, bapa dan anak di bawah 12 tahun, boleh dikuarantinkan di bilik sama.

Katanya, individu kedua yang berkongsi bilik sama akan dikenakan RM50 sehari untuk kos makan dan minum.

“Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, tiada caj dikenakan, termasuk kepada seorang penjaga yang menemaninya.”

Beliau berkata, seramai 9,016 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam, ditempatkan di 58 hotel dan 5 ILA di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah dan Labuan.

Katanya, mereka pulang dari 31 negara, termasuk Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Timor Leste.

“Daripada jumlah itu, 20 individu dibawa ke hospital untuk rawatan.”

Katanya, seramai 1,599 individu dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai menjalani kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif Covid-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.