nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gesa SOP ketat PRN Sabah untuk elak COVID-19

12 OGOS: Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi.

Bung Moktar memberitahu, SOP ini perlu dilakukan dengan sebaiknya oleh SPR serta libat urus dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana perkara ini sudah menjadi satu kerisauan kepada penduduk yang tidak mahu diri mereka berpotensi dijangkiti Covid-19.

Menurut beliau, proses itu perlu meliputi tujuh proses pilihan raya iaitu hari penamaan calon, percetakan kertas undi, pengeposan kertas undi pos, hari mengundi awal, tempoh berkempen, hari mengundi dan pada sebelah malam ketika keputusan diumumkan.

“Saya harap SPR letakkan satu SOP yang cukup menyakinkan rakyat supaya rakyat turun undi dan minta Jabatan Kesihatan bekerjasama sama ada calon atau tukang kempen tidak ada dicemari oleh virus corona ini.

“Ini membimbangkan rakyat Sabah jika kita hadapi PRN Negeri Sabah tanpa SOP lebih ketara,” katanya yang membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut menyindir tindakan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang banyak melanggar peraturan pilihan raya.

“Contohnya macam dulu SPR kata tidak ada makan dan minum tetapi pihak pemerintah (PH) boleh pesta-pesta. Kita di pihak pembangkang ketika itu baru bungkus (makanan) pun dah dikompaun. Ini tidak adil dan P Ramlee pun cukup marah dengan orang yang tidak adil ini.

“Bayangkan dalam suasana Covid-19 ini, mungkin (saya) cadangkan pada kerajaan dan SPR letakkan terma, SOP, dan bagaimana PRN di Sabah boleh dilaksnakan di mana calon parti boleh berkempen bertemu dengan rakyat.

“Tetapi semua tidak kira calon dan rakyat mesti selamat, bermakna keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankusa turut memberi jaminan bahawa SPR akan melaksanakan SOP tersebut dengan teliti.

“SOP Insya-Allah garis panduan kawasan bergejala khusus hadapi PRN Sabah melibatkan 73 DUN akan buat pastikan dilaksanakan sebaiknya kerana SPR mempunyai pengalaman mengedalikan PRK DUN Chini dan yang terdekat PRK Slim,” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.