nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Warga asing mesti bayar caj kuarantin semasa tiba

13 OGOS: Warga asing yang dibenarkan memasuki Malaysia perlu membayar caj kuarantin dan fi ujian pengesanan COVID-19 terlebih dahulu sebaik sahaja tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini enggan membayar kos tersebut setelah dihantar ke hotel atau Institut Latihan Awam (ILA), tempat mereka dikuarantin wajib.

“Mana-mana warga asing yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan tidak dibenarkan mendarat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, dari 24 Julai lalu sehingga semalam, seramai 10,173 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 59 hotel dan lima ILA di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah dan Labuan.

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 44 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 2,332 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut beliau, pegawai Kementerian Kesihatan bersama anggota polis juga telah membuat 1,367 pemeriksaan mengejut semalam terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib di rumah dan dua daripadanya diambil tindakan.

“Sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 270 individu yang ingkar kuarantin rumah telah diambil tindakan oleh pihak polis,” jelasnya.

Ismail Sabri menambah, tindakan itu termasuk yang diambil terhadap individu kes indeks dalam kluster Sivagangga.

Pagi tadi, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu itu dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar.

Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu sehingga mencetuskan kluster itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan rakyat Malaysia agar terus mematuhi standard operasi prosedur termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera untuk memudahkan mereka yang berisiko tinggi dikesan.

“Bukan saya nak membebel, setiap kali saya akan ingatkan, tapi ini untuk kepentingan kita. Kejadian yang berlaku di Kedah, Perlis (Sivagangga) pun kita tak duga. Kita dah satu digit, dah sifar kes tempatan, tetapi dengan ketidakpatuhan kita, kes boleh tinggi semula,” ujarnya.

Berhubung Kempen Pembudayaan Norma Baharu, beliau berkata, pihak swasta termasuk persatuan-persatuan runcit dan pengusaha makanan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

“Pihak swasta boleh memainkan peranan yang penting dalam membudayakan norma baharu dengan perkongsian maklumat dan kepentingan kawalan kendiri dalam membendung penularan jangkitan COVID-19.

“Logo Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan PDRM bagi poster kempen kesedaran yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan persatuan adalah dibenarkan untuk menujukkan sokongan agensi-agensi tersebut dalam kempen ini dan bukan untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada agensi yang berkaitan terlebih dahulu serta merujuk Garis Panduan Penyediaan Kandungan Bahan Promosi Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.