nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Apa pertimbangan Mujahid, UJSB terbit sukuk tanpa jaminan kerajaan?

14 OGOS: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa pernah menandatangani surat yang menyatakan bahawa kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak memberi jaminan terhadap tanggungan kewangan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dalam urusan pembelian aset Lembaga Tabung Haji (TH).

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh bekas Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam program Berani Semuka: Mujahid vs Azeez anjuran Sinar Harian yang disiarkan secara langsung malam ini.

Dalam program yang dikendalikan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaaffar itu, Abdul Azeez meminta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menjelaskan tentang pertimbangannya ketika aset TH bernilai RM19.9 bilion dipindahkan kepada UJSB melalui sukuk yang tiada jaminan daripada kerajaan.

Tabung Haji

Ahli Parlimen BN Baling tersebut turut membaca perenggan keenam dalam surat yang ditandatangani Guan Eng tersebut agar diketahui oleh orang ramai yang menyaksikan program berkenaan.

“Sila ambil maklum bahawa surat ini terhad kepada tujuan dan sokongan kewangan yang dinyatakan di perenggan kedua dan ketiga di atas dan tiada apa-apa jua yang terkandung dalam surat ini boleh ditakrif secara nyata atau tersirat sebagai satu bentuk jaminan bagi obligasi kewangan UJSB,” jelas surat tersebut seperti yang dibaca oleh Abdul Azeez.

Abdul Azeez berpandangan, pemindahan aset bernilai RM19.9 bilion kepada UJSB yang mempunyai modal hanya RM1 menerusi sukuk dilakukan dalam cara yang amat salah.

Beliau mendakwa, TH hanya menerima RM100 juta daripada nilai keseluruhan RM19.9 bilion tersebut.

“PricewaterhouseCoopers pun telah tegur menyatakan bahawa sukuk yang dikeluarkan oleh UJSB tidak dijamin oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Azeez menganggap sukuk yang diterbitkan oleh UJSB itu sebagai bon berkualiti rendah.

Beliau seterusnya mempersoalkan kesahihan dakwaan Mujahid bahawa TH telah menerima bayaran RM100 juta daripada UJSB.

“Surat yang ada di sini hotel ini hotel ini 626 bilik ada 626 peti ais 626 televisyen 626 katil cerek semua ini dijual dengan harga RM10,000 sahaja.

“Sign oleh menteri, saya ada surat yang menteri sign. Lepas tu UJSB tanya balik kalaulah esok kami nak jual boleh tak first refusal bagi kat TH balik, jual beli.

“Awal-awal menteri bagi surat kami tak akan beli balik jual la kat siapa,” katanya.

Abdul Azeez mendakwa, aset-aset TH yang dijual kepada UJSB itu mungkin akhirnya akan dikendalikan oleh bukan Islam.

Bagi menjawab soalan itu, Mujahid mendakwa tidak timbul isu tiada jaminan kerajaan kerana UJSB yang dimiliki Kementerian Kewangan dijamin oleh kerajaan.

Beliau menyatakan surat sokongan yang dikeluarkan Menteri Kewangan itu sama fungsi seperti yang pernah diterima oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu.

Namun, Ahli Parlimen PH Parit Buntar itu tidak menjelaskan pertimbangan yang digunakan bagi mewajarkan sebuah syarikat dengan modal berbayar RM1 boleh membeli aset-aset TH bernilai RM19.9 bilion. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.