nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Melaka bantu ringan beban 304 nelayan Tanjung Bidara

18 SEPT : Dalam berdepan ketidaktentuan cuaca ketika ini yang menjejaskan hasil selain kos tinggi terpaksa ditanggung, sumbangan kerajaan negeri secara langsung membantu meringankan beban hampir 304 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Ketua Persatuan Nelayan Pasir Gembur, Rosli Othman berkata pendapatan nelayan tidak dapat dijamin setiap hari kerana banyak bergantung kepada keadaan cuaca.

Malah katanya, mereka juga terpaksa berdepan pelbagai kos operasi termasuk pembelian jaring dan peralatan menangkap ikan selain penyelenggaraan enjin bot yang menelan belanja tinggi.

“Kos enjin dan peralatan bukan main-main. Kalau kerosakan, tak ada harga RM100, semua mahal. Jadi bila kita dapat hasil, orang kata kita jual mahal pula, padahal kita susah nak dapat.

“Nelayan ni tak menjanjikan tangkapan untuk esok hari. Kita turun hari ini pun belum tentu ada hasil. Kalau ribut, taufan atau keadaan laut tak mengizinkan, memang pendapatan kita terjejas. Jadi hari-hari kita berdoalah kepada Tuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pembinaan Balai Nelayan Baharu Pasir Gembur, Penyampaian Sumbangan Nelayan dan Sumbangan Insentif Belanja Rakyat yang berlangsung di Pasir Gembur, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata perubahan cuaca kebelakangan ini menyebabkan hasil tangkapan berkurangan, sekali gus menjejaskan pendapatan harian nelayan menyebabkan ada nelayan yang terpaksa mengambil pekerjaan sampingan termasuk kerja pembinaan dan pertukangan bagi menambah pendapatan.

“Ada yang kerja buat rumah dan bertukang sebab nelayan kalau bertukang memang handal. Mereka ada kerja sampingan,” katanya.

Pada program itu, cek sumbangan berjumlah RM12,120 disampaikan kepada empat persatuan nelayan di DUN Tanjung Bidara membabitkan Kampung Balik Batu, Kampung Pasir Gembur, Padang Kemunting dan Pengkalan Balak, yang keseluruhannya mewakili kira-kira 304 nelayan.

Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sempena Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Tanjung Bidara yang turut melaksanakan acara pecah tanah bagi pembinaan Balai Nelayan Baharu Pasir Gembur.

Selain itu, sebanyak RM89,500 diperuntukkan bagi penyediaan GPS dan fish finder kepada pemilik sampan berlesen, manakala RM10,000 disalurkan bagi Insentif Belanja Rakyat di DUN Tanjung Bidara.

Bagi nelayan, Mohd Ali Abdul Karim, 63 sumbangan berkenaan amat dihargai kerana dapat membantu meringankan keperluan golongan nelayan yang berdepan pendapatan tidak menentu.

“Terima kasihlah kepada Datuk Seri Rauf kerana banyak prihatin kepada nelayan dan orang kampung. Banyak yang beliau buat untuk kawasan ini, termasuk memberi bantuan kepada suri rumah, ibu tunggal dan mereka yang sakit.

“Beliau juga sering turun padang untuk bertemu dan mengambil tahu keadaan masyarakat,” katanya.

Dalam program itu, Ab Rauf turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada nelayan termasuk GPS dan fish finder, selain meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan komuniti nelayan.

Pembinaan Balai Nelayan Baharu Pasir Gembur dijangka menyediakan kemudahan lebih baik untuk komuniti nelayan setempat, termasuk bagi menjalankan aktiviti dan urusan persatuan.

OLEH: LYAA ANDRIANA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.