nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin mahu pemulihan ekonomi berlaku pantas

15 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan penubuhan pasukan petugas untuk meneliti dan mengubah sistem penyampaian penjawat awam yang diguna pakai selama ini bagi pemulihan ekonomi lebih pantas.

Beliau berkata, langkah itu penting supaya pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas teruk berikutan wabak COVID-19 tidak terbantut dengan karenah birokrasi yang tidak perlu.

“Jika tidak ada langkah baharu dibuat, saya takut dan bimbang urusan untuk kita memulihkan semula ekonomi negara tidak akan berlaku sepantas yang kita harapkan.

“Di hadapan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, saya ingin usulkan supaya dibentuk satu jawatankuasa atau pasukan petugas untuk meneliti bagaimana cara yang kita guna pakai selama ini (sistem penyampaian perkhidmatan awam) dapat kita ubah suai.

“Namun pengubahsuaian yang dilakukan perlulah tanpa kompromi aturan utama dari segi kewangan. Jika tidak ada perubahan aturan kerja, kita akan gagal memulihkan ekonomi dan kesannya pada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersam Penjawat Awam Johor hari ini.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Johor mulai hari ini.

Terdahulu Muhyiddin menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Memetik laporan Bernama, ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada 9.30 pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki perkarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri.

Kunjungan itu merupakan kunjungan rasmi kedua Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

Pada pertemuan pertama 19 Mac lalu, Muhyiddin mempersembahkan perkembangan terkini COVID-19 kepada Sultan Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir dilihat meninggalkan istana pada 10.40 pagi duntuk menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Hotel Thistle di sini selepas itu.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim mengesahkan berkenan menerima menghadap Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut berkenan berangkat pada majlis menghadap itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Antara pemimpin kerajaan negeri dan pusat yang hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan isteri, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan isteri.

Muhyiddin serta tetamu-tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama baginda dan keluarga diraja Johor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.