nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isa Samad nafi terima RM3 juta dari pegawai khas

21 OGOS: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi hari ini menafikan dirinya menerima wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta daripada Muhammad Zahid Md Arip yang ketika itu pegawai khas politiknya berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Sarawak pada 2014.

Mohd Isa seperti dilapor Bernama berkata, beliau tidak pernah membincangkan ataupun bertanya kepada Zahid mengenai status pembelian MPHS.

“Saya tidak pernah mengarahkan Zahid untuk meminta agar Haji Ikhwan (ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel) memberikan ganjaran kepada saya kerana telah membantu meluluskan pembelian MPHS.

“Saya juga tidak pernah mengirimkan apa-apa salam kepada Haji Ikhwan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya dan saya langsung tidak mengenalinya secara peribadi,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Katanya setiap kali Zahid datang ke pejabatnya (Mohd Isa), Zahid hanya akan membawa dokumen dan tidak pernah membawa apa-apa beg kertas ataupun apa-apa beg besar lain.

“Sebagai ahli politik, saya merupakan seorang yang berhati-hati dan tidak mungkin akan menerima wang apatah lagi dengan jumlah yang begitu banyak di Menara Felda di mana orang ramai terutamanya staf-staf saya boleh melihatnya.

“Pergerakan saya juga sentiasa ditemani oleh pengawal dan pemandu saya, jadi sekiranya saya ada menerima wang dalam kuantiti yang begitu banyak, tidak mungkin saya dapat membawanya sendiri dan tidak mungkin juga untuk saya membenarkan pengawal untuk membawa duit sebegitu banyak,” katanya.

Mohd Isa juga berkata beliau tidak pernah membantu dan meluluskan pembelian MPHS kerana beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Saya sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pembelian MPHS tersebut, jadi mengapakah secara tiba-tiba saya meminta wang pula?

“Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada Haji Ikhwan dan beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa imbuhan kepada saya. Saya langsung tidak terlibat atau mengetahui berkenaan apa-apa perbincangan yang berlaku di antara Haji Ikhwan dengan Zahid Md Arip,” katanya.

Katanya, beliau juga tidak memahami bagaimana boleh timbul perkataan ‘Salam’ sedangkan beliau tidak pernah berikan apa-apa salam kepada Ikhwan.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-16, Zahid memberitahu mahkamah bahawa setiap kali Mohd Isa akan menyampaikan ‘salam’ kepada Ikhwan ia adalah satu petanda yang menunjukkan Mohd Isa memerlukan wang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.