nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan negeri tiada kuasa isytihar PKPD

18 OGOS: Kerajaan negeri tidak mempunyai akta khusus untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu kawasan dan keputusan negeri boleh dicabar di mahkamah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan negeri perlu merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai SOP PKP.

“Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Peguam di peringkat negeri juga diminta untuk menasihatkan kerajaan negeri mengenai SOP PKP,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, ada negeri yang telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan beberapa aktiviti perniagaan dan sosial walaupun kawasan terbabit tidak diisytiharkan sebagai kawasan PKPD.

Ismail Sabri menambah, aktiviti-aktiviti tersebut telah dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan setelah memperkenalkan SOP dan garis panduan yang ketat untuk memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19.

Beliau turut memaklumkan, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini telah meneliti dan meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah berkuat kuasa 1 September 2020.

Menurut Ismail Sabri, garis panduan tersebut merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

“Antara Garis Panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga murid yang terlibat, penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal 1 hingga 3 meter bagi aktiviti statik dan 3 hingga 5 meter bagi aktiviti dinamik serta peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi.

Beliau menyatakan, aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan yang sedia ada.

“Garis panduan yang lengkap boleh didapati dalam laman sesawang MKN dan Kementerian Pendidikan bermula 1 September 2020,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Khas juga telah meneliti dan meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan mengenai Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal Dan Vokasional berkuat kuasa 1 September 2020.

Jelas beliau, garis panduan itu melibatkan lebih 89 buah kolej vokasional serta sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah teknik yang terpilih.

“Antara Garis Panduan yang perlu dipatuhi termasuk menentukan bilangan murid berdasarkan kapasiti ruang, tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi serta murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali,” jelasnya.

Ismail Sabri menjelaskan, garis panduan yang lengkap juga boleh didapati dalam laman sesawang MKN dan Kementerian Pendidikan bermula 1 September 2020. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.