nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sukuk Prihatin bantu golongan terjejas COVID-19

18 OGOS: Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang diterbitkan oleh kerajaan membuka peluang kepada orang awam dan pihak korporat untuk bersama-sama dalam usaha memacu semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langganan dari terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19.

Beliau turut menggariskan tiga program utama yang akan dibiayai oleh Sukuk Prihatin untuk manfaat golongan yang terkesan oleh wabak tersebut.

“Pertama, menambah baik capaian internet di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, agar anak-anak kita yang terkesan boleh meneruskan pembelajaran secara digital.

“Kedua, memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan Sederhana ataupun PKS mikro yang terjejas akibat COVID-19, terutamanya usahawan wanita dan ketiga, kerajaan juga akan memperuntukkan sebahagian dari dana Sukuk Prihatin untuk perbelanjaan kesihatan, termasuk penyelidikan penyakit berjangkit.

“Ini akan memanfaatkan usaha Kementerian Kesihatan dan institusi penyelidikan awam serta institut pengajian tinggi dalam kajian terhadap sesuatu penyakit atau wabak berjangkit,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Sukuk Prihatin di Putrajaya, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat untuk menyaksikan majlis tersebut.

Sukuk patuh syariah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu merupakan sukuk digital pertama Malaysia.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Muhyiddin menambah, memandangkan dana Sukuk Prihatin tertumpu kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan berjanji akan memastikan seboleh mungkin, tiada yang ketinggalan dalam usaha pemulihan ekonomi susulan wabak COVID-19.

“Ini juga adalah bukti kesinambungan hasrat kerajaan dalam melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama atau Shared Prosperity Vision yang menjadi tonggak aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN),” jelasnya.

Beliau memaklumkan, Wawasan Kemakmuran Bersama memberi fokus terhadap tiga perkara utama kerajaan iaitu untuk menstruktur semula ekonomi dengan memastikan pembangunan untuk semua, menangani ketidaksamaan dengan merapatkan jurang pendapatan dan membina negara ke arah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Muhyiddin berkata, inisiatif Sukuk Prihatin memenuhi ketiga-tiga fokus tersebut, dan merupakan sebahagian pendekatan yang bakal memanfaatkan kumpulan sasaran yang paling terkesan akibat wabak COVID-19.

“Saya yakin, usaha murni ini akan memastikan rakyat dapat menikmati taraf hidup yang sewajarnya melalui pendekatan terbaik hasil kerjasama kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap rakyat yang tampil ke hadapan untuk turut bersama-sama membantu kerajaan membina semula ekonomi negara.

“Ini adalah suatu bentuk pengorbanan yang sangat besar dan dihargai kerajaan,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.