nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

“Calon BN cukup rajin dalam kesukarelaan” – Saifuddin

19 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz adalah seorang aktivis belia yang cukup rajin berkhidmat secara sukarela.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengenali Mohd Zaidi sejak tahun 90-an ketika sama-sama berada dalam kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Saya mengenali beliau pada tahun 90-an semasa beliau masih belajar dan berada dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

“Ketika itu, beliau juga Ahli Majlis Tertinggi MBM dan saya Presiden MBM.

“Untuk itu saya sangat mengharapkan pengundi di DUN Slim, dapat memberikan sokongan dengan mengundi beliau semasa hari pengundian 29 Ogos ini,” katanya pada majlis ramah mesra bersama media di Pusat Media PRK DUN Slim hari ini.

Turut hadir di majlis itu, Mohd Zaidi.

Menurut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, mengenali Mohd Zaidi untuk tempoh yang lama, beliau adalah aktivis belia yang sangat rajin berkhidmat secara sukarela.

Selain aktif dengan MBM, Mohd Zaidi, 43, juga kini merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC), yang disandang beliau sejak 2014.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi serta dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharasekaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.