nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kesal kerajaan PH NS politikkan program kemerdekaan

24 OGOS: Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias melahirkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Jelebu, yang tidak membenarkan beliau mengadakan program jelajah sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, pada 31 Ogos nanti.

Beliau menjelaskan bahawa sudah menghantar surat permohonan rasmi untuk menggunakan Dataran Jelebu bagi menganjurkan Program Jelajah Merdeka peringkat Parlimen Jelebu, pada 14 Ogos lalu.

Jalaludin memberitahu, program tersebut sempena Hari Kemerdekaan itu bertujuan merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Berikutan itu saya sudah menghantar surat kepada Majlis Daerah Jelebu untuk memohon kebenaran untuk menggunakan Dataran Jelebu, bukan dewan, bukan pejabat, tetapi tempat terbuka untuk mengadakan program Jelajah Hari Kemerdekaan Parlimen Jelebu. Namun jawapan diberikan pihak majlis daerah amat mendukacitakan. Saya akan bacakan surat jawapan berkenaan.

“Sukacita dimaklumkan kami ingin memaklumkan bahawa kami sudah menerima surat YB Datuk sebagai Ahli Parlimen Jelebu, pada 14 Ogos lalu, namun untuk pengetahuan YB kami sudah menerima arahan daripada pihak atasan kerajaan Negeri Sembilan untuk tidak membenar atau menolak permohonan berkenaan kerana status Datuk adalah sebagai Ahli Parlimen pembangkang di negeri ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau seterusnya mengemukakan soalan tambahan bagi meminta penjelasan sama ada tindakan terbabit adalah satu contoh yang menunjukkan kerajaan negeri di bawah PH yang tidak terbuka langsung terhadap usaha menyemarakkan perpaduan kaum di negera ini.

“Program jelajah ini bukannya anjuran BN atau UMNO, PAS, GPS atau DAP tetapi membabitkan semua kaum, bangsa, agama dan pelbagai peringkat umur bagi menghargai sambutan Hari Kemerdekaan.

“Jadi saya mahu tahu YB Timbalan Menteri mengenai ada atau tidak peruntukan kewangan atau kementerian supaya menasihatkan kerajaan PH Negeri Sembilan berfikiran secara kolot supaya membenarkan program seumpama itu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Ti Lian Ker, ketika menjawab soalan tersebut menegaskan, Kementerian Perpaduan Negara akan membangkitkan isu berkenaan ketika mesyuarat jawatankuasa bersama sambutan Hari Kemerdekaan dalam masa terdekat.

“Kita boleh bangkitkan masalah berkenaan dalam mesyuarat jawatankuasa bersama sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat negeri tidak lama lagi.

“Apa yang penting semua Ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang memberi sokongan penuh terhadap usaha kementerian memperkukuhkan perpaduan di negara ini, kembali kepada Rukun Negara dan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.