nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Yayasan Al-Falah tidak pernah lantik firma pemegang amanah

24 OGOS: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Al-Falah tidak pernah melantik firma Lewis & Co sebagai pemegang amanah mahupun menguruskan akaunnya.

Faisalluddin Mohamat Yusuff, ketika disoal balas oleh peguam Ahmad Zaidee Zainal, berkata, sejak menjadi salah seorang pemegang amanah pada 2004, sepanjang ingatannya, Yayasan Al Falah tidak pernah melantik Lewis & Co untuk menguruskan akaun yayasan mahupun mewakili yayasan dalam sebarang tindakan.

Faisalludin, saksi ke-66 yang dipanggil semula memberi keterangan, berkata dia juga tidak pernah mengeluarkan cek kepada Lewis & Co atau mengarahkan firma guaman itu untuk meletakkan duit dalam Simpanan Tetap.

Faisalludin berkata demikian pada hari ke-37 perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

Faisalluddin (bersongkok)

Faisalluddin juga bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidee bahawa Zahid tidak ada kena mengena dengan Yayasan Al-Falah.

Dia bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidee bahawa Yayasan Al-Falah dan Yayasan Akalbudi mempunyai objektif yang sama kerana kedua-duanya diasaskan oleh keluarga Zahid.

Faisalludin memaklumkan bahawa Yayasan Alfalah hanya mempunyai sebuah akaun bank, iaitu Alliance Islamic Bank.

Faisalludin juga memberitahu mahkamah bahawa dia belum pernah berjumpa dengan Muralidharan sehinggalah hari ini.

Ketika memberi keterangan, Faisalludin turut mengesahkan bahawa Zahid bukan pemegang amanah kepada Yayasan Alfalah dan tiada penguasaan kepada harta dan kewangan milik Yayasan Alfalah.

Katanya, Zahid juga tidak mempunyai kuasa untuk melantik lembaga pemegang amanah kepada Yayasan Alfalah.

“Selain saya, pemegang amanah adalah Datuk Seri Nasaie. Malah saya bersama Encik Farid adalah signatory kepada akaun yayasan,” katanya.

Faisalludin berkata dia terkejut apabila membaca laporan berita di media bahawa Murali mengatakan Lewis & Co adalah pemegang amanah Yayasan Al Falah dan bukan Yayasan Akalbudi.

“Saya terkejut membaca laporan itu di media sosial. Setahu saya dia tak pernah dilantik sebagai pemegang amanah,” katanya.

Faisalludin juga menegaskan Murali dan Lewis & Co juga tidak pernah dilantik sebagai stakeholder Yayasan Al Falah.

Ditanya sama ada Nasaie pernah memberitahunya bahawa dia telah melantik Lewis & Co untuk memegang wang dan menjual/membeli Simpanan Tetap bagi Al Falah, Faisalludin berkata, tidak pernah.

Terdahulu, bekas pegawai Zahid, Muhammad Nabil Saleh memaklumkan mahkamah dia dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah Yayasan Akalbudi pada 2012.

Menjawab soalan Ahmad Zaidee, Nabil mengakui dia tahu bahawa Zahid banyak menggunakan wang sendiri hasil keuntungan perniagaan dan saham untuk menaja beberapa projek dan kegiatan di parlimennya.

Perbicaraan bersambung esok. -Oleh NOOR HASILAH ISMAIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.