nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keuntungan bersih Petronas Dagangan merosot

26 OGOS: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) jatuh kepada RM3.51 juta dalam suku kedua yang berakhir 30 Jun 2020, berbanding RM172.75 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lepas apabila operasi syarikat itu terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, PDB menjelaskan, hasil kumpulan turun sebanyak RM4.67 bilion kepada RM2.93 bilion daripada RM7.6 bilion disebabkan penurunan kuantiti jualan sebanyak 39 peratus dan purata harga jualan rendah sebanyak 37 peratus.

Bagi tempoh enam bulan, Petronas Dagangan mencatatkan kerugian bersih RM25.91 juta berbanding keuntungan bersih RM463.94 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala hasil berjumlah RM9.48 billon berbanding RM14.69 bilion.

“Syarikat terus berdepan keadaan pasaran yang mencabar pada suku kedua 2020 disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

“Ini membawa kepada pengurangan kuantiti jualan dan hasil syarikat terutamanya daripada tempoh pertengahan Mac hingga April 2020, dengan pemulihan perlahan-lahan pada awal Mei 2020 dan seterusnya,” kata PDB.

Menurut PDB, kemerosotan permintaan minyak petrol dan diesel itu juga sejajar dengan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menguncup 17.1 peratus berbanding pertumbuhan 0.7 peratus pada suku pertama 2020.

“Penutupan perniagaan pembuatan barangan bukan penting dan pembinaan telah menjejaskan permintaan diesel komersial,” kata PDB.

Syarikat itu menambah, permintaan terhadap bahan api komersial terus terjejas oleh sekatan perjalanan global.

Jelasnya, harga purata Brent pada suku kedua 2020 turun sebanyak 41.5 peratus kepada AS$29.20 setong daripada AS$50.26 pada suku pertama 2020, dan harga itu dijangka kekal tidak menentu.

PDB berkata, pada masa depan ia menjangka operasinya bertambah baik memandangkan kerajaan telah melonggarkan pelaksanaan PKP dan perniagaan telah menyambung kembali operasi kecuali sektor penerbangan yang dijangka mengambil masa lebih lama untuk pulih.

“PDB komited untuk menumpukan kepada inisiatif penambahbaikan perniagaannya, mengukuhkan pengurusan inventori, menambah baik bekalan dan pengedaran dengan lebih cekap lagi serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi bagi memastikan syarikat kekal berdaya tahan semasa tempoh mencabar ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.