nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kementerian Xavier, Gobind terbanyak buat rundingan terus

26 OGOS: Seperti diminta pelbagai pihak, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini tampil mendedahkan senarai penuh 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Daripada senarai itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menjadi kementerian terbanyak melakukan perolehan menerusi kaedah tersebut.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang diterajui Datuk Dr Xavier Jayakumar membuat 13 perolehan rundingan terus melibatkan nilai perolehan sebanyak RM5.67 juta.

KKMM yang mana Gobind Singh Deo adalah menterinya ketika era PH pula membuat 12 perolehan secara rundingan terus dengan nilai RM380.12 juta.

Kementerian Pengangkutan yang diterajui Anthony Loke Siew Fook pula membuat perolehan rundingan terus tertinggi dari segi nilai dengan RM4.477 bilion menerusi empat perolehan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sebelum ini diterajui Datuk Darell Leiking pula membuat sembilan perolehan dengan nilai RM10.36 juta.

Daripada senarai dikeluarkan itu, hampir kesemua kementerian ketika era PH membuat perolehan menerusi rundingan terus sekurang-kurangnya satu projek.

Antara kementerian yang tidak disenaraikan membuat perolehan rundingan terus dalam tempoh 22 bulan pemerintahan PH adalah Kementerian Luar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Kerja Raya.

Berdasarkan senarai itu, terdapat dua kementerian membuat lapan perolehan menerusi rundingan terus, tujuh perolehan (satu), enam perolehan (satu), lima perolehan (satu), empat perolehan (empat), dua perolehan (tiga) dan sau perolehan (empat).

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam kenyataannya berkata, perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

Katanya, rundingan terus dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada
lima syarat berikut:

a. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;

b. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;

c. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja;

d. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau

e. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

“Dalam beberapa hari yang lalu, terdapat permintaan dibangkitkan berkaitan perkongsian senarai 101 maklumat projek yang telah diluluskan melalui proses RT ini.

“Atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran, senarai tersebut disertakan,” tegasnya.

Tengku Zafrul kelmarin mendedahkan sepanjang pemerintahan kerajaan PH, sebanyak 101 projek dengan perolehan berjumlah RM6.61 bilion telah ditawarkan secara rundingan terus.

Pendedahan tersebut yang melibatkan nilai berbilion ringgit menjadi perhatian ramai kerana Guan Eng sering mencanang pentadbiran PH tidak mengamalkan rundingan terus.

Ini seperti mana terkandung dalam manifesto PH dan hal itu sering digunakan beliau bagi memburukkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) walaupun perkara itu dibolehkan atas sebab tertentu.

Guan Eng dalam sidang akhbarnya semalam mengakui nilai disebut Tengku Zafrul dan mempertahankan diri yang rundingan terus dibenarkan selain hal itu menjadi lumrah di mana-mana negara untuk berbuat demikian atas sebab dibenarkan. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.