nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

24 kes baru, 16 dilapor di Kedah

9 SEPT: Selepas negara dikejutkan dengan kes baru COVID-19 yang mencecah tiga angka semalam, penularan baru wabak itu hari ini kembali mencatatkan penurunan kepada kepada dua angka dengan 24 penularan dilaporkan termasuk enam daripadanya kes import.

Daripada 18 kes tempatan yang dilaporkan, 16 daripadanya dikesan di Kedah membabitkan tiga kluster manakala Sabah yang melaporkan 62 kes semalam hanya mencatatkan dua kes sahaja hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13 kes dikesan dari kluster Sungai manakala masing-masing satu dari kluster Tawar dan Telaga.

Katanya, satu lagi kes di Kedah melibatkan saringan tidak bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Tambah beliau, dua kes yang dilaporkan di Sabah pula adalah daripada kluster Benteng LD melibatkan daerah Tawau.

“Enam kes import yang dilaporkan hari ini pula adalah dari negara Bangladesh dengan dua kes diikuti masing-masing satu kes dari China, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

“Daripada 18 penularan tempatan, dua adalah bukan warganegara manakala selebihnya terdiri daripada rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, jelas Noor Hisham, tujuh kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, hari ini juga menyaksikan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah kumlatif kematian kekal sebanyak 128 kes.

“Kes sembuh pula dilaporkan sebanyak tujuh kes dan menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 bertambah kepada 312 kes,” jelasnya.

Mengenai kluster Sungai di Kedah yang banyak melaporkan kes-kes baru kebelakangan ini, Noor Hisham berkata, setakat ini 1,091 orang telah disaring di tiga negeri dengan 619 masih menunggu keputusan.

Bagi kluster Benteng LD pula, 2,349 telah disaring di Tawau dan Lahad Datu dengan 1,307 masih menunggu keputusan.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan dari sektor awam dan swasta.

Katanya, keadaan ini adalah membimbangkan kerana mereka memainkan peranan yang penting sebagai tulang belakang sistem kesihatan negara.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bahawa kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan KKM adalah kebanyakannya berpunca daripada penularan di kalangan petugas kesihatan sendiri.

“Ini menyumbang sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan kes yang melibatkan petugas kesihatan, bermakna lebih separuh daripada petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 telah berjangkit daripada petugas kesihatan lain.

“Jangkitan daripada komuniti adalah sebanyak 22 peratus, manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 pula adalah sebanyak 17 peratus.

“Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 semasa pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah amat penting bagi petugas kesihatan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 diambil pada setiap masa, terutamanya semasa bertugas.

“Penjarakan fizikal yang selamat di tempat bertugas iaitu di kalangan rakan sekerja dan semasa pengurusan pesakit sewajarnya diamalkan sepanjang waktu bekerja.

“Begitu juga dengan kebersihan kawasan guna sama seperti kaunter jururawat, tempat makan, pantri, ruang solat dan tandas kakitangan,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.