nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekolah satu aliran demi perpaduan negara

9 SEPT: Ahli Dewan Negara, Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah menggesa kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan dengan mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.

Ibrahim berkata ini merupakan cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Menurut beliau, sistem ini merupakan satu tindakan yang terbaik di mana seluruh dunia menggunakan sistem satu aliran dalam mewujudkan mengukuhkan asas keharmonian negara pelbagai kaum dan integrasi nasional.

“Seratus peratus negara seluruh dunia mengamalkan sistem sama dan negara-negara ASEAN yang berdekatan dengan kita pun mengamalkan sistem sama. Singapura pun majoriti Cina tapi mereka tak kisah, ditutup sekolah cina dan guna satu sistem sahaja.

“Ini masa sesuai kerana pengalaman saya dalam dua kerajaan lepas dapat dilihat kepentingan keperluan yang perlu sangat untuk kita betulkan sebagai sebuah satu bangsa negara Malaysia yang kita bersyukur punyai pelbagai kaum.

“Kalau kita dapat satukan mereka ketika kanak-kanak, rapatkan pemikiran mereka dan semangat mereka tak kira Melayu, Cina, Iban, Kadazan, kita akan menjadi sebuah negara yang kuat pada masa akan datang,” katanya ketika berbahas menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Dewan Negara, hari ini.

Ibrahim turut menyarankan agar kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan dengan meningkatkan infrastruktur dan keperluan pendidikan di tahap yang terbaik agar dapat menarik minat kaum lain untuk menimba ilmu bagi mewujudkan warisan terbaik buat negara.

“Saya sarankan kerajaan kita perkasakan sekolah kebangsaan bukan perkasakan sekolah venukelar dan swasta Cina. Perkasakan sekolah kebangsaan agar menjadi sebuah sekolah pilihan utama oleh pelbagai kaum.

“Maksudnya memperkasakan dari segi peruntukan (sekolah), kita berikan kepada sekolah kebangsaan termasuk pedalaman Sabah dan Sarawak yang begitu daif. Buat itu dulu, insya-Allah, orang Cina dan India akan ke sekolah kebangsaan dengan syarat menjadi yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim tidak menafikan usaha menyatupadukan kaum di dalam negara ini menjadi sebuah negara bangsa sememangnya menghadapi kesukaran selagi Malaysia terus mengekalkan dasar pendidikan negara yang membenarkan wujudnya tiga jenis sekolah kebangsaan iaitu sekolah kebangsaan, sekolah rendah kebangsaan jenis Cina (SRJKC) dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT).

Tambahnya, kini negara sudahpun merdeka selama 63 tahun, namun disebabkan pengaruh politik tidak ada seorang pun di antara pemimpin yang mengubah dasar pendidikan negara yang diasaskan sejak selepas merdeka kepada sekolah yang hanya mempunyai satu aliran.

“Saya tahu ‘political will’ (keazaman politik) ini agak susah namun kita hendakan satu keikhlasan tidak kira sokongan apa sahaja kaum ketepikan perasaan. Kita adalah rakyat Malaysia. Apa perasaan orang Melayu apabila kami tahu silibus kokurikulum itu datang dari Taiwan yang lebih agungkan sejarah China.

“Kita tetap menekankan konsep keadilan apa bangsa pun, itu asasnya. Jangan ada perasaan kaum-kaum lain awak tidak berlaku adil atau pilih bulu. Saya yakin dan percaya bagi mewujudkan nilai positif dan bersatu padu dimulakan dengan anak-anak kita.

“Buka minda, ada sebab di Jerman mereka guna bahasa Jerman, di Perancis mereka guna bahasa Perancis kenapa di Malaysia tak boleh. Ini tidak betul yang hanya mementingkan diri sendirinya bukannya mementingkan kepentingan negara,” katanya. Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.