nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ARMADA puji kematangan PAS di PRN Sabah

12 SEPT: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memuji kematangan PAS dalam menerima keputusan penamaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau menyanjung tinggi atas pendirian dan sikap positif yang ditonjolkan kepimpinan Pas kerana berbesar hati menerima keputusan pencalonan bagi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Sabah

“Kami amat menghargai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada sahabat PAS, khususnya melalui kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rakan sejawatan saya, Ir. Khairil Nizam Khirudin.

“Jelas di sini, pengorbanan besar ini adalah bukti kesetiaan, keikhlasan dan muafakat demi memastikan kemenangan bersama kita sebagai sebuah perikatan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan menyatakan parti itu menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat bertanding di keseluruhan 73 kerusi di Sabah setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

Menurutnya, ia bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah demi memelihara permuafakatan terjalin serta mengambil kira implikasi politik pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberitahu pengorbanan besar itu akan dapat memastikan tiada pertembungan lebih daripada dua penjuru dan PN dapat membariskan calon tunggal yang ‘wajib menang’.

Menurut beliau, Armada akan berdiri bersama PAS yang meletakkan keutamaan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) akan datang.

“Sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Semenanjung Malaysia khususnya di Pantai Timur, PAS mempunyai kekuatan untuk menjamin kemenangan rakan dalam PN di seluruh negara.

“Demi mencapai matlamat ini, amatlah penting bagi semua teraju utama parti untuk berunding dengan lebih terbuka dan ikhlas.

“BERSATU, khususnya ARMADA mengulangi tekad untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di bawah panji PN.” katanya. Oleh- AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.