nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ADUN BN dijamin tak lompat parti

17 SEPT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi jaminan bahawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN tidak akan melompat parti selepas mereka beroleh kemenangan dan berjaya menawan Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata beliau sudah mendapat pengesahan semua bakal wakil rakyat BN sebelum proses penamaan calon bagi memastikan mereka terus setia dengan parti biar apa pun berlaku selepas ini.

“Sebelum mereka bertanding mewakil BN saya sudah panggil menegaskan mengenai ketaatan kepada parti dan saya tidak mahu tengok lagi ADUN BN lompat sana sini.

“Hormati janji pada diri sendiri, apa pun gelombang melanda parti kita mesti setia dan jaga parti dengan penuh semangat. Saya juga menegaskan bahawa kalau kita menang wakil rakyat BN tidak buat kerja saya akan ganti mereka dengan orang lain pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap dalam majlis mesra bersama pemimpin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Benoni, malam tadi.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata beliau juga tidak teragak-agak untuk mendesak wakil rakyat BN di Sabah meletak jawatan sebagai ADUN jika mereka gagal melaksanakan tugas diamanahkan diamanahkan oleh pengundi di kawasan terbabit.

“Saya tidak peduli jika terpaksa kita terpaksa mengadakan pilihan raya kecil (PRK) sekali pun sekiranya wakil rakyat BN tidak pedulikan masalah rakyat maka kita akan arahkan mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN dan kita akan tukarkan mereka dengan orang lain yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.

“Ini penting kerana saya mahu wakil rakyat BN menjadi orang yang disayangi oleh rakyat selagi ada ‘langit dan bintang’ atau sehingga akhir hayatnya ‘selagi nyawa dikandung badan’ dan suka sama dia,” katanya.

Dalam pada itu Bung Moktar juga menasihatkan bakal calon BN supaya jangan terlalu menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka di hadapan orang ramai kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif kepada mereka dan parti.

“Normal politik baharu bukan macam dulu lagi, kalau kita tidak masuk kampung orang akan ‘viralkan’, jika kita bermewah-mewahan orang akan tularkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.