nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Andi jamin tak lupa diri

20 SEPT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy memberi jaminan beliau tidak akan lupa diri dan melompat parti sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Beliau mendedahkan pernah ditawarkan pelbagai jawatan dan projek oleh pihak tertentu yang memintanya keluar meninggalkan UMNO selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Ketika itu saya ada jawatan (Ketua Pemuda Umno Kalabakan) dan perniagaan. Mereka kata nanti perniagaan dan kontrak kamu terjejas (jika kekal dalam UMNO) tapi saya sematkan dalam hati, apa pun jadi, jadilah.

“Saya tetap (kekal) dalam UMNO dan ambil risiko itu kerana saya amat yakin dengan perjuangan parti keramat ini dalam membela agama, bangsa dan negara,” katanya semasa berucap pada Ceramah Umum di Kg Otentik Tanjung Batu, Tawau

ANDI
ANDI MUHAMMAD SURYADY BANDY

Hadir sama, Naib Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ustaz Usman Madeaming dan bekas Ketua PKR Cabang alabakan, Dr. Amir Pawennari.

Andi Muhammad Suryady berkata, bagi beliau pemimpin akan datang dan pergi tetapi matlamat dan perjuangan UMNO tidak pernah salah dan perkara itulah yang diyakini untuk terus kekal berjuang bersama parti.

“UMNO sudah melalui proses ‘penyucian’ dan pembersihan… Dalam UMNO yang tinggal inilah yang setia dan terbaik. Insya-Allah calon-calon yang ditampilkan BN semuanya diyakini tidak akan lupa diri dan lompat parti. Kalau tidak hancur lagi parti kita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu rakyat Tanjung Batu agar memberi undi kemenangan kepadanya pada 26 September ini kerana berpendapat beliau antara yang terbaik dalam kalangan calon Tanjung Batu meskipun bukan yang sempurna.

“Tapi jika diberi peluang, insyaAllah dengan segala kudrat, kemahiran dan kebolehan yang saya ada, akan saya curahkan untuk rakyat demi pembangunan DUN Tanjung Batu,” katanya yang sudahpun siap merangka pelan terbaik demi kesejahteraan penduduk kawasan tersebut.

Andi Muhammad Suryady berkata, beliau seorang yang berfikiran terbuka dan suka berbincang bagi mendengar idea-idea bernas, termasuklah daripada individu-individu yang mempunyai idealogi politik berbeza.

Menurutnya, beliau tidak melihat perbezaan fahaman politik untuk duduk bersama membincangkan pelbagai isu dan perkara demi mendapatkan hasil terbaik, asalkan dapat membawa kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, perkara itu sudah dilakukannya ketika masih sebagai Ketua UMNO Kalabakan lagi apabila bekerjasama dengan Ustaz Usman daripada PAS kerana melihat kesatuan pemimpin penting untuk masa depan anak bangsa.

Untuk rekod, Andi Muhammad Suryady dilantik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan dan memangku jawatan Ketua Bahagian sebelum akhirnya menjadi Ketua Bahagian selepas pemimpin dan ahli meninggalkan parti susulan pergolakan politik negara dan negeri selepas PRU-14.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.