nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permainan sentimen Warisan tiada asas

23 SEPT: Naib Yang Dipertua PAS Kalabakan, Usman Madeaming, menggesa penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, mengundi calon Barisan Nasional (BN) Chaya Sulaiman kerana beliau seorang yang bertintegriti dan berpegang kepada prinsip serta setia pada parti.

Usman berkata ini terbukti apabila Chaya enggan meninggal BN walaupun parti berkenaan pernah dilanda masalah dan kesusahan, sebelum ini.

Beliau berkata biarpun PAS tidak meletakkan calon namun pihaknya mengarahkan 600 jentera parti bagi membantu kempen dan memastikan calon BN dan Perikatan Nasional (PN) di kawasan terbabit mencapai kemenangan dalam PRN nanti.

“Jadilah mata dan telinga kepada masyarakat tentang apakah sebenarnya yang dibuat oleh BN selama ini. Jika kita hendak bukti tentang prinsip dan integriti, calon kita (Chaya) adalah buktinya.

“Agenda Sabah for Sabahan oleh dipopularkan oleh Parti Warisan Sabah tiada kebenarannya kerana negeri ini sendiri berada di dalam Malaysia, malah, isteri presidennya (Datuk Mohd Shafie Apdal) sendiri berasal daripada Semenanjung Malaysia.

“BN daripada Semenanjung tapi calon kita (DUN Kukusan) adakah asal Semenanjung? Tidak timbul soal Semenanjung for Semenanjung kerana ramai anak-anak kita bekerja di tanah Semenanjung. Tiada isu seperti itu.

“Jika Warisan benar-benar dengan agendanya Sabah for Sabahan kenapa calon DAP menggunakan lambang Warisan? PKR dan Amanah semuanya asal Semenanjung,”katanya ketika membantu Chaya berkempen sempena Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Umum bersama penduduk Kg Pisang di sini, hari ini.

Sementara itu, Chaya berjanji dan komited akan meningkat taraf sosio-ekonomi penduduk Kukusan andainya beliau dipilih pengundi sebagai ADUN Kukusan, Sabtu ini.

Chaya berkata, beliau sudah melawat hampir keseluruhan kawasan Kukusan untuk bertemu rakyat dan amat menghargai sokongan diberikan pengundi DUN Kukusan terhadapnya.

Beliau berkata penduduk Kukusan harus bersyukur kerana dianugerahkan sebuah DUN baharu kerana walaupun kawasan berkenaan tidak terlalu luas dan memudahkan pemimpin menjaga rakyat dengan sebaik-baiknya.

“Jika ditakdirkan menang, sebagai wanita saya akan pikul sebaiknya amanah rakyat untuk membawa perubahan di kawasan ini. InsyaAllah saya mampu laksanakan kerana perjuangan saya selama 31 tahun di dalam Umno tidak pernah berganjak walau seinci pun. Saya masih di sini bersama BN.

“Oleh itu, bulatkan tekad dan undi calon nombor enam agar saya menjadi Wakil Rakyat sulung DUN Kukusan… Bila Wakil Rakyat wanita ini suaranya manis dan akan didengar pihak atasan. InsyaAllah saya bukan hanya akan membawa suara wanita tetapi juga suara rakyat Kukusan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.